Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan Lebat, Angin Kencang Dijangka Badai 8 Negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan 8 negeri akan dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 7 malam nanti.
Menerusi muat naik di laman Facebook, amaran tersebut meramalkan seluruh negeri Terengganu bakal alami hujan lebat dan angin kencang.
Di Perak, MetMalaysia meramalkan hanya daerah Hulu Perak bakal alami cuaca buruk. Manakala di Selangor, hanya daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat yang terlibat.
Terus ke Negeri Sembilan, amaran dikeluarkan bagi mereka yang berada di daerah Jelebu.
Di selatan pula, daerah Mersing dan Kota Tinggi di Johor dijangka bakal alami hujan lebat dan angin kencang.
Melihat keadaan di pantai timur, hanya daerah Jeli dan Tanah Merah di Kelantan menerima amaran hujan lebat daripada MetMalaysia. Manakala di Pahang pula, amaran dikeluarkan bagi daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran.
Di Sarawak, kebanyakan daerah dijangka alami hujan lebat iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah). Daerah Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang (Limbang) juga turut bakal alami cuaca buruk petang ini.
BACA: Lagu “Resign”? Exists Kongsi Kisah Sebenar Di Sebalik Lirik Lagu Alasanmu

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
Berikutan itu, orang awam dinasihatkan agar berhati-hati ketika berada di luar. Rancang perjalanan bercuti dan elak dari berada di kawasan berisiko.
BACA: Polis Siasat Kesahihan Kad Pengenalan, Lesen Memandu Ditemukan Di Ukraine – KPN
BACA: Mayat Lelaki Lemas Di Pantai Berhampiran Pasar Bisik Ditemukan