Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
trem tergelincir
Kredit: AFP

Trem Tergelincir Dari Landasan, Rempuh Premis Perniagaan

Azizah Najib

Trem Tergelincir Dari Landasan, Rempuh Premis Perniagaan

Norway – Empat cedera apabila sebuah trem tergelincir dari landasan lalu merempuh sebuah premis perniagaan di Oslo pada Selasa, lapor AFP.

Kejadian tersebut berlaku apabila trem yang sepatutnya membuat lencongan ke arah kiri di persimpangan berhadapan premis perniagaan tersebut tergelincir keluar dari landasan. Bahagian hadapan trem yang hilang kawalan merempuh premis menjual barangan Apple.

Ketua operasi polis yang berada di tempat kejadian, Anders Ronning berkata tiga orang di dalam trem itu cedera dan seorang lagi ialah orang awam yang berada berhampiran kejadian.

BACA: Polis Siasat Kesahihan Kad Pengenalan, Lesen Memandu Ditemukan Di Ukraine – KPN

“Tiada kecederaan parah dilaporkan. Beberapa orang mangsa telah hadir sendiri di wad kecemasan bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Menurut pihak polis, seramai 20 orang penumpang berada di dalam trem ketika kejadian tersebut berlaku. Namun, beberapa orang penumpang telah meninggalkan tempat kejadian sebelum bantuan kecemasan tiba.

Pihak polis turut mengesahkan setakat ini, seorang pejalan kaki dipercayai berjaya mengelak dari dirempuh trem yang sedang menuju ke arahnya.

“Syukur, kejadian tersebut menghasilkan bunyi yang kuat jadi beberapa orang (di dalam premis) sempat mengelak dari dirempuh,” tambah Ronning.

BACA: Mayat Lelaki Lemas Di Pantai Berhampiran Pasar Bisik Ditemukan

Trem tersebut terpaksa dibiarkan di tempat kejadian selama beberapa jam bagi memberi ruang kepada pakar untuk memastikan kestabilan bangunan tersebut sebelum membenarkan trem dikeluarkan. Sebuah trak penunda digunakan bagi mengeluarkan trem dari premis tersebut pada tengah hari.

Kejadian tersebut turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas apabila blok bangunan berkenaan dikepung dengan ambulan dan kereta polis.

Dalam pada itu, pihak polis berkata pemandu trem, yang juga salah seorang mangsa tercedera diisytihar secara rasmi sebagai suspek kerana disyaki memandu dengan laju hingga mengakibatkan kemalangan itu.

“Saya tidak mahu membuat spekulasi. Kami sedang menyiasat aspek teknikal bagi menentukan punca berlakunya kemalangan ini,” ujarnya lagi.

Menerusi laporan tersebut, bangunan yang juga menempatkan beberapa pejabat telah dikosongkan.

BACA: KKM Sedia Pinda Undang-Undang Tangani Salah Laku Babit Pesakit Mental – Dzulkefly

Sumber: AFP