Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

5 Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga 7 Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melibatkan 5 negeri sehingga jam 7 malam ini.
Cuaca di Perak dijangka hujan lebat di beberapa kawasan iaitu daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.
Manakala di Terengganu, hanya daerah Kemaman dijangka alami hujan lebat.
Sementara itu, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat, angin kencang di sebahagian besar Pahang melibatkan daerah Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
Melihat keadaan cuaca di Negeri Sembilan, hujan lebat dijangka hanya melanda daerah Jempol. Manakala di Johor, cuaca buruk turut diramalkan melanda daerah Segamat, Batu Pahat, Kluang dan Mersing.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan agar berhati-hati ketika memandu dan elakkan mengunjungi kawasan berisiko.