Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Kredit: Netflix

Pemain 456 Kembali, Trailer Terbaru Squid Game Didedahkan

Azizah Najib

Pemain 456 Kembali, Trailer Terbaru Squid Game Didedahkan

“Permainan takkan pernah berhenti.”

Netflix mengumumkan penyiaran drama bersiri Korea, Squid Game 2 bakal ditayangkan pada 26 Disember nanti.

Dinding-dinding berwarna kuning, merah jambu dan biru pastel yang ditunggu-tunggu kini kembali. Tangga bersimpang-siur sekali lagi menjadi laluan kepada 456 peserta permainan yang membawa maut.

Kredit: Netflix

Menerusi muat naik di laman X, video trailer drama tersebut menunjukkan kemunculan semula beberapa wajah yang sama dari musim pertama. Lee Jung-jae, Lee Byung-hun, Wi Ha-jun, dan Gong Yoo kekal memegang watak mereka dalam musim kali ini.

Beberapa wajah baru turut ditampilkan bagi menambah debaran dengan latar belakang masing-masing yang tersendiri. Antaranya Yim Si-wan, Kang Ha-neul, Park Gyu-young, Lee Jin-uk, Park Sung-hoon, Yang Dong-geun, Kang Ae-sim, Lee David, Choi Seung-hyun, Roh Jae-won, Jo Yu-ri dan Won Ji-an.

Kredit: Netflix

BACA: Don Dukun Berjaya Raih Kutipan RM1 Juta Hari Pertama Tayangan

Sinopsis

Tiga tahun selepas memenangi Squid Game, Gi-hun (Lee Jung-jae) atau digelar Pemain 456 itu kembali menyertai permainan ngeri itu. Gi-hun berusaha meyakinkan pemain-pemain lain untuk berhenti, namun kata-katanya tidak diendahkan.

Disebabkan kehadirannya diragui pemain lain, Gi-hun terpaksa mendedahkan dirinya yang pernah menyertai permainan tersebut.

“Saya pernah main permainan ini. Kita akan mati jika terus bermain,” katanya sebagai amaran.

Kata-katanya bukan sahaja gagal meyakinkan peserta lain, malah menimbulkan tanda tanya motif di sebalik penyertaannya kali ini sedangkan dia mengetahui risiko permainan tersebut. Persoalan ini menyebabkan sekumpulan peserta bertindak mengundi untuk permainan diteruskan. Maka, Squid Game 2 pun bermula.

Kredit: Netflix

BACA: Pelakon Suara Doraemon, Nobuyo Oyama Meninggal Dunia

Fenomena Squid Game

Sebagai makluman, drama bersiri Squid Game musim pertama pernah menjadi fenomena di serata dunia.

Selain Malaysia, drama bersiri ini turut berada di tempat pertama ranking Netflix di negara luar. Antaranya Hong Kong, Indonesia, Jepun, Kuwait, Filipina, Arab Saudi dan Singapura. Malah, drama ini pernah diadaptasi menjadi rancangan realiti British, Squid Game: The Challenge.

Squid Game musim pertama juga pernah menerima anugerah pelakon dan pengarah terbaik di Anugerah Primetime Emmy.

Menurut Bernama, ini kali pertama drama bukan bahasa Inggeris memenangi kategori drama bersiri anugerah tersebut.

BACA: Lagu “Resign”? Exists Kongsi Kisah Sebenar Di Sebalik Lirik Lagu Alasanmu

Sumber: Netflix, Bernama