Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
ambil alih saham kda fc
Gambar: Facebook KDA FC

DSAT Group Nyata Minat Ambil Alih 100 Peratus Saham KDA FC

Iqbal Yasir

DSAT Group Nyata Minat Ambil Alih 100 Peratus Saham KDA FC

DSAT Group Sdn Bhd menerusi anak syarikatnya Mahsuri Medical Centre (MMC) menyatakan minat untuk mengambil alih Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMC, Dr Zaki Zamani Abdul Rashid, pihaknya yang diwakili Ketua Pegawai Operasi, Nazar Ahmad Md Noor telah menyerahkan surat tawaran untuk pengambilalihan kelab dari utara tanah air itu.

“Ia selepas pertemuan pada 24 Oktober 2024 di antara Dato’ Seri Azizul Tandek Pengerusi Eksekutif DSAT Group Sdn Bhd dengan Muhamad Radhi Mat Din, Exco Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Kedah, yang juga merupakan salah seorang pemegang saham KDA FC.

“Pihak MMC sebagai anak syarikat DSAT Group Sdn Bhd telah mendapat arahan daripada Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Dato’ Seri Azizul Tandek untuk menghantar surat, bagi menyatakan minat untuk pengambil alihan 100 peratus saham KDA FC serta liabiliti tertakluk dengan terma dan syarat-syarat perjanjian yang akan dimeterai di antara kedua-dua belah pihak,” kata Dr Zaki dalam kenyataan tersebut hari ini.

Gambar: Facebook KDA FC

Sehubungan itu, pihak pengurusan skuad Hijau Kuning kini diminta memberikan maklum balas dalam tempoh seminggu dari tarikh surat berkenaan.

Kelab pertama bakal mempunyai hospital sendiri

Sementara itu, sekira pengambilalihan ini berjaya, KDA FC bakal menjadi kelab pertama yang mempunyai hospital sendiri, lapor Sinar Harian.

Secara tidak langsung, kelab itu boleh menjadikan ia sebagai salah satu sumber pendapatan sekiranya DSAT Group Sdn Bhd dapat mengambil alih kelab itu melalui anak syarikatnya Mahsuri Medical Centre (MMC).

Kata Dato’ Seri Azizul Tandek lagi, sebanyak 40 peratus dalam hospital swasta terbabit akan dimiliki pasukan Kedah.

Oleh itu, KDA FC tidak perlu lagi bergantung sepenuhnya terhadap pihak penaja semata-mata dan bantuan kerajaan negeri sebagai sumber kewangan kelab.

“Kita akan menaik taraf sehingga 200 katil di Mahsuri Medical Centre dan memfokus pendapatan tahunan sebanyak RM500 juta.

“Sekiranya ini direalisasi dalam tiga tahun mendatang, KDA FC boleh setanding dengan kelab-kelab yang lain. Ini harapan saya,” katanya lagi.

Sumber: Facebook Mahsuri Medical Centre, Sinar Harian

BACA: Vietti Mendominasi Litar Antarabangsa Sepang Untuk Melakar Kemenangan Ketiga Musim Ini

BACA: Lelaki Kongsi Pengalaman Berbasikal 13,000 km Demi Bertemu Cristiano Ronaldo