Siakap Keli

PETRONAS Hangatkan MotoGP 2024, Booth Diserbu Ribuan Pengunjung

Semalam telah berlangsung perlumbaan utama MotoGP di PETRONAS Sepang International Circuit (SIC)

Ini menyaksikan peningkatan kehadiran penonton dengan rekod 184,923, manakala tahun 2023 hanya mencatat seramai 182,912.

Seperti biasa, kehangatan perlumbaan dari Moto3, Moto2 dan yang paling dinantikan adalah REMATCH antara Pecco Bagnaia dan Jorge Martin.

Bagnaia menafikan kejuaraan dunia Jorge Martin di Sepang dengan memenangi perlumbaan petang semalam dan juara dunia bakal ditentukan di Barcelona.

Selain dari perlumbaan utama, booth PETRONAS seperti biasa juga diserbu ribuan pengunjung dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

PETRONAS juga meraikan ulangtahun ke-50 dengan tanda pagar #SPEEDPHORIA.

Antara aktiviti yang disediakan ialah menunggang motosikal dalam mode VR, bermain permainan video menunggang motosikal yang sebenar, ada game interaktif dan jualan produk dari PETRONAS dan Dania Garage.

Pengunjung juga pasti tidak keluar dengan tangan kosong kerana pelbagai souvenier disediakan oleh jenama-jenama di bawah PETRONAS yang lain seperti SETEL dan sebagainya.

Tak ketinggalan ada juga Kids Zone untuk anak-anak bermain pelbagai jenis permainanan dan menang hadiah menarik.

Di luar booth PETRONAS juga ada Cafe Mesra yang menjual pelbagai jenis kopi dan pastry untuk kita lepak-lepak sebelum perlumbaan bermula.

PETRONAS sudah pasti akan kembali lagi di MotoGP 2025 dengan perancangan yang lebih meriah.

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.