Siakap Keli
Neymar Cedera Lagi
Gambar: AFP

Hanya 7 Perlawanan Bermain Di Al-Hilal, Neymar Cedera Lagi

Hanya 7 Perlawanan Bermain Di Al-Hilal, Neymar Cedera Lagi

Bintang Brazil, Neymar dilaporkan kembali cedera sewaktu Al-Hilal membenam Esteghlal dengan kemenangan penuh bergaya 3-0 dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Kingdom Arena, Riyadh awal pagi tadi.

Memetik Stadium Astro, pemain berusia 39 tahun itu yang masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua hanya sempat bermain 29 minit sahaja.

Ini merupakan penampilan kedua pemain itu selepas berehat lebih setahun akibat kecederaan lutut serius.

https://x.com/centraldoarabao/status/1853525945497317716?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1853525945497317716%7Ctwgr%5E2d10353f14ab4eb856133541ff0477c95dbf07f3%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.flashscore.com%2Fnews%2Fsoccer-afc-champions-league-neymar-goes-off-injured-in-second-game-for-al-hilal-after-return-from-injury%2FKCLJC4Nc%2F

Selepas meninggalkan kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG tahun lalu, Neymar hanya bermain 7 perlawanan bersama Al-Hilal di Liga Pro Saudi.

Hatrik Mitrovic

Dalam perlawanan semalam, Aleksandar Mitrovic muncul wira apabila mencetak hatrik untuk membantu pasukan membenam Esteghlal.

Here We Go” Neymar Ke Al-Hilal

Terdahulu, SK melaporkan bekas bintang Barcelona Neymar kini sah bergelar sebagai pemain kelab dari Liga Profesional Arab Saudi, Al-Hilal.

Perkara itu dimaklumkan oleh wartawan bola sepak antarabangsa, Fabrizio Romano dalam satu kenyataan di Facebook.

Menurutnya, pemain berusia 31 tahun itu menyertai Al-Hilal dengan tawaran kontrak selama dua tahun. Neymar kini secara rasmi bergelar pemain kelab itu sehingga 30 Jun 2025

“Here We Go! Neymar Jr sah akan menyertai Al Hilal dalam perjanjian dua tahun,” maklumnya.

Sumber: Stadium Astro

BACA: “Here We Go” Neymar Ke Al-Hilal Dengan Kontrak Dua Tahun

BACA: Ramai Terlepas Pandang, Lelaki Kongsi “Benda Ni” Punca Kereta Berisiko Terbakar

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.