Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
rhodict milo
Tiada Kategori

Rhodict Sertai Keluarga MILO, Cetus Inspirasi Cemerlang Dalam Pelajaran & Sukan

Nurul Naqiyah

Rhodict Sertai Keluarga MILO, Cetus Inspirasi Cemerlang Dalam Pelajaran & Sukan

Meneruskan tradisi yang telah lama wujud dalam menyokong bakat sukan Malaysia, MILO dengan bangganya menyambut bintang terjun negara, Bertrand Rhodict Lises, ke dalam barisan atletnya yang terkemuka. Bintang remaja berusia 19 tahun ini menggambarkan visi MILO untuk memupuk individu yang seimbang, menggabungkan kecemerlangan sukan dengan cita-cita dalam bidang akademik.

Kerjasama ini meraikan pencapaian luar biasa Rhodict di dalam kolam renang dan komitmennya terhadap pendidikan tinggi, memberikan contoh yang berpengaruh kepada belia Malaysia untuk cemerlang dalam sukan dan kehidupan.

Melalui falsafah “Sukan adalah guru terbaik,” MILO membantu membina asas yang kukuh untuk masa depan kanak-kanak. Dari ketahanan dan keberanian hingga kerjasama dan kepimpinan, sukan dengan menanamkan nilai-nilai yang mengubah kanak-kanak menjadi individu yang berintegriti.

Pengajaran ini bukan sahaja membentuk juara di arena, tetapi juga sebagai individu yang berkeyakinan, dihormati dan bersedia menghadapi cabaran kehidupan. Rhodict yang lahir di Kuching merupakan contoh terbaik, beralih dari seorang perenang ke acara terjun bertaraf Olimpik sambil melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

Rhodict mula menyertai sukan renang pada usia 4 tahun sebelum beralih arah ke terjun. Pada usia 10 tahun, beliau mempertimbangkan untuk berhenti disebabkan kesukaran akademik, tetapi mendapat dorongan daripada bapanya untuk terus berusaha sehingga memperoleh keputusan yang telah membawanya kepada kejayaan pada masa ini.

Antara pencapaiannya termasuk gangsa dalam terjun platform 10m seirama di Sukan Asia 2022 Hangzhou dan perak dalam terjun platform individu 10m di Sukan SEA 2023 Kemboja. Pencapaian terbesarnya berlaku apabila beliau mara ke final individu platform 10m di Kejohanan Dunia 2023 di Jepun, sekali gus memperoleh tempat secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024. Ini menjadikan Rhodict sebagai atlet Malaysia pertama yang layak berdasarkan merit pada temasya berkenaan.

Kerjasama dengan MILO hadir tepat pada masanya buat Rhodict yang baharu sahaja melanjutkan pengajiannya dengan mengambil Diploma dalam Pentadbiran Perniagaan. Menjelang Sukan SEA 2025 dan Kejohanan Dunia, beliau bercita-cita untuk meraih emas dan mengatasi prestasi sebelumnya. Sokongan ini meningkatkan persediaan Rhodict untuk penampilan sulung selepas

beraksi di Olimpik apabila dia mengambil bahagian di Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia Ke-2 (1-4 November), di mana beliau akan mempertahankan emas terjun platform seirama 10m dan berusaha memperbaiki keputusan dalam terjun platform individu 10m.

rhodict milo

Mengulas mengenai kerjasama ini, Rhodict berkongsi semangatnya: “Saya berbesar hati untuk menyertai keluarga MILO. Sokongan mereka sangat penting untuk karier terjun dan pelajaran saya. Saya teruja untuk berkembang sebagai atlet dan individu, dengan menguji batasan saya dalam pertandingan dan meneroka laluan kehidupan di masa depan. MILO sentiasa membantu saya mengekalkan tenaga dan fokus semasa di sekolah setiap hari yang panjang dan juga ketika sesi berlatih. Saya berharap perjalanan ini menjadi inspirasi kepada atlet muda untuk mengejar impian dalam sukan dan pendidikan, berdisiplin, mempunyai daya ketahanan dan sentiasa konsisten. Saya gembira MILO bersama saya dalam menghadapi cabaran ini.”

Lim Kerwin, Ketua Pemasaran Sukan MILO, Nestlé (Malaysia) Berhad, menyatakan, “Sambutan Bertrand Rhodict Lises ke dalam keluarga MILO menandakan satu inisiatif baru yang menarik dalam legasi kami selepas sekian lama wujud untuk memupuk bakat sukan Malaysia. Perjalanan luar biasa Rhodict, yang seimbang antara pencapaian akademik dan kecemerlangan sukan, menggambarkan objektif ingin dibentuk oleh MILO buat atlet generasi muda.

Kisahnya bukan sahaja memberi inspirasi tetapi juga mengesahkan komitmen berterusan kami untuk memupuk individu yang seimbang. Kami teruja untuk menyokong Rhodict dalam memberi impak baik di kolam renang mahupun di bilik darjah, memberikan contoh yang baik kepada atlet muda bercita-cita tinggi di seluruh Malaysia.”

MILO telah melancarkan video inspirasi yang memaparkan perjalanan Rhodict menuju ke peringkat elit sukan terjun. Ia mengimbau semula cabaran awalnya dan bagaimana disiplin mendorong kejayaannya. Kehadiran Rhodict bertujuan untuk memberi inspirasi kepada atlet generasi muda, serta membuktikan bahawa sukan dan pendidikan dapat seiring bersama.

Mesejnya untuk menggalakkan ketahanan dan keseimbangan, menunjukkan bahawa cabaran mendorong seseorang untuk cemerlang. Video ini memaparkan nasihat kepada atlet yang bercita-cita tinggi, mendorong mereka untuk mengejar kedua-dua matlamat sukan dan akademik.

Peminat dan penyokong boleh menonton video ini di saluran media sosial rasmi MILO Malaysia, termasuk Instagram, TikTok, dan Facebook.

Selama 70 tahun yang lalu, MILO telah menjadi sebahagian penting legasi sukan Malaysia. Sejak tahun 1950-an, jenama ini berada di barisan hadapan dalam memupuk bakat muda dalam pelbagai disiplin, menyampaikan pengajaran kehidupan tidak ternilai bagi membentuk ketahanan, azam, dan semangat kesukanan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif berterusan MILO dan bagaimana anda boleh menjadi sebahagian daripada sokongan masa depan sukan Malaysia, sila lawati www.milo.com.my.