Siakap Keli
kuku masalah jantung
Gambar: Hello Doktor

Awasi 6 Tanda Kuku Yang Boleh Jadi ‘Hint’ Masalah Jantung

Awasi 6 Tanda Kuku Yang Boleh Jadi ‘Hint’ Masalah Jantung- Hello Doktor

Mungkin ianya sukar untuk dipercayai tetapi terdapat beberapa bahagian luar tubuh badan kita memberikan amaran berkenaan masalah penyakit yang dihadapi tanpa kita sedar.

Antara yang pernah hangat dibualkan ramai adalah keadaan kuku yang mempunyai garisan putih membukit pada bahagian cuticle.

Apabila garisan putih tersebut muncul, ada yang mendakwa ia menjadi tanda bahawa badan seseorang itu sedang kekurangan air.

Hari ini SK ingin berkongsi satu perkongsian oleh Hello Doktor berkenaan enam perubahan kuku yang menjadi petanda penyakit jantung.

Sama-sama kita ambil maklum akan perubahan kuku di bawah supaya tindakan awal dapat dilakukan.

6 Kuku Tanda Sakit Jantung

kuku masalah jantung
Gambar: Hello Doktor

Tahukah anda, kesihatan kuku dan jantung itu berkait rapat? Selain simptom umum seperti sesak nafas dan sakit dada, ada juga beberapa simptom yang boleh dilihat pada kuku tanda sakit jantung.

Perubahan pada kuku boleh memberi petunjuk awal mengenai sistem peredaran darah dan fungsi jantung. 

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai perubahan yang boleh dilihat pada kuku sekiranya anda mengalami sakit jantung dan bila perlu berjumpa doktor.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

6 Simptom pada kuku tanda sakit jantung

Benarkah perubahan warna kuku tanda sakit jantung?

Selalunya, sukar untuk menentukan apa-apa penyakit melalui warna kuku. Namun, keadaan kuku boleh menjadi tanda awal penyakit tertentu.

Di bawah, kami akan terangkan beberapa kondisi pada kuku yang mungkin menandakan sakit jantung.

1. Kuku kebiruan (cyanosis)

kuku masalah jantung
Gambar: Hello Doktor

Salah satu gejala penyakit jantung melalui kuku ialah cyanosis. Ia merupakan satu keadaan di mana kuku atau bahagian bawah kuku menjadi kebiruan atau kelabu.

Kuku berubah kepada warna tersebut kerana darah dalam badan kekurangan oksigen.

Keadaan ini boleh disebabkan oleh masalah jantung yang menandakan organ tersebut tidak dapat mengepam darah dengan baik ke seluruh badan.

Jika anda melihat perubahan ini pada kuku, terutamanya jika ia berlaku sekali dengan simptom lain seperti sesak nafas atau keletihan, segera dapatkan rawatan perubatan.

2. Kuku pucat

Kuku yang nampak pucat atau putih mungkin menandakan anemia. Ia juga merupakan salah satu perubahan warna kuku tanda sakit yang tidak wajar diabaikan.

Kadangkala, kuku pucat juga boleh menjadi tanda fungsi jantung yang lemah.

Keadaan ini berlaku apabila darah tidak mengandungi sel darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke tisu seluruh badan.

Jika kuku kelihatan terlalu pucat dalam jangka masa panjang, ia mungkin petanda jantung tidak berfungsi dengan baik.

Selalunya, simptom tersebut turut disertai gejala seperti pening kepala atau kelesuan.

3. Kuku clubbing

kuku masalah jantung
Gambar: Hello Doktor

Kuku clubbing merupakan satu kondisi yang berlaku apabila kuku mula melengkung ke bawah dan menjadi tebal. Ia boleh berlaku ketika badan mengalami kekurangan oksigen dalam jangka masa panjang.

Kondisi tersebut turut dikenali sebagai hipoksia. Hipoksia merupakan salah satu gejala penyakit jantung melalui kuku.

Ia berlaku disebabkan penyakit jantung kongenital atau penyakit paru-paru kronik.

Masalah kuku clubbing selalunya berlaku secara perlahan-lahan. Lakukan pemeriksaan secepat mungkin sekiranya kuku anda mula alami perubahan.

4. Ada garis gelap bawah kuku

Kemunculan garis gelap bawah kuku mungkin menandakan masalah aliran darah atau kerosakan pada saluran darah kecil.

Dalam kes tertentu, garis ini boleh menjadi tanda endokarditis iaitu jangkitan pada lapisan dalam jantung.

Garis ini juga dikenali sebagai splinter hemorrhages dan mungkin disertai simptom seperti demam, keletihan dan kesukaran bernafas.

5. Kuku rapuh dan mudah pecah 

Kuku yang rapuh merupakan tanda tisu dalam badan tidak menerima oksigen yang mencukupi. Perkara tersebut boleh berlaku disebabkan penyakit arteri koronari atau masalah peredaran darah lain.

6. Kuku beralur atau berlubang 

Selain itu, satu lagi masalah kuku tanda sakit jantung ialah kuku beralur atau berlubang. Ia mungkin menunjukkan berlakunya stres dari segi fizikal atau gangguan pada aliran darah. Bagaimanapun, tanda ini jarang sekali menandakan penyakit jantung. Namun, ia mungkin merupakan tanda penyakit lain, misalnya penyakit kulit.

Bila saya perlu berjumpa doktor?  

Gejala penyakit jantung melalui kuku perlu diperiksa oleh pakar secepat mungkin. Antara tanda kuku tanda sakit jantung ialah kuku kebiruan, melengkung atau munculnya garis hitam. Semua perkara tersebut merupakan amaran bahawa wujudnya penyakit tertentu yang perlu dirawat. Dapatkan pemeriksaan serta merta jika ia berlaku bersama simptom lain, misalnya:

  • Sesak nafas
  • Keletihan yang melampau
  • Sakit dada atau dada berdebar
  • Pening dan sering pitam

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.