Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Korang mesti pernah lalui macam ni kan? Setiap kali makan buah yang mak potong, tiba-tiba buah terasa pedas lada. Apa lagi kalau bukan si ibu yang gemar menggunakan satu papan pemotong untuk memotong apa saja bahan untuk dimasak seperti cili, bawang, halia, mahupun ikan dan daging.
Korang tahu tak, setiap papan pemotong mempunyai PE? PE adalah singkatan dari PET (polietilena terephthalate), iaitu sejumlah bahan plastik yang sering digunakan untuk membuat botol air, botol minuman berkarbonat, botol minuman dan tidak tahan panas/haba. Pun begitu, papan pemotong dengan bahan PE berfungsi sebaliknya. Ini kerana, bahan itu membolehkan ia tidak akan mengalami toksik, tahan lama, tahan hakisan dan mudah untuk dibersihkan.
Namun terdapat pelbagai pilihan papan pemotong atau pun pencincang dipasaran sekarang. Untuk memudahkan pencarian, kami bahagikan kepada tiga jenis, iaitu kayu, plastik dan keluli tahan karat.
Kayu mempunyai ketahanan yang sangat kukuh dan tahan lasak. Alur kayu secara semula jadi, dapat menghilangkan bakteria yang mungkin tersimpan di sana.
Korang boleh menggunakan papan pemotong kayu ini, untuk memotong bahan basah sahaja seperti ayam, daging, udang atau sotong. Terdapat beberapa kelebihan papan pemotong kayu:
Tiada toksik
Reka bentuk yang keras
Tidak berbahaya
Mesra alam sekitar

Papan pemotong plastik ini sangat sesuai untuk memotong bahan makanan seperti sayur-sayuran mahupun produk tenusu. Ini antara kelebihan papan pemotong plastik:
Kurang menyimpan bakteria
Kurang mahal
Ringan dan mudah alih
Tahan lama
Permukaan tidak licin
Mudah dibersihkan
Pelbagai warna

Bahan keluli tahan karat tidak begitu sukar, kerana keluli ringan dalam pelbagai penggunaan dan lebih berkualiti. Papan pemotong keluli tahan karat kelihatan licin dan lut sinar seperti lilin.
Papan pemotong keluli tahan karat ini, sesuai dengan pelbagai jenis bahan masakan. Sisa bahan tidak mudah terlekat pada papan pemotong selepas dibersihkan. Antara kelebihan papan pemotong keluli tahan karat:
Keluarkan rasa hanyir dan elakkan pengoksidaan
Menentang bakteria dan mengunci kesegaran
Asingkan mentah dan masak untuk mengelakkan pencemaran
Mudah dibersihkan

Oleh itu, penjagaan alat penyediaan makanan sangat penting, agar kesihatan kita terjamin daripada sebarang bakteria yang melekat pada permukaan papan pemotong.
Buatlah pilihan terbaik anda. Semoga bermanfaat!
Sumber: Minqiao, Dgcncmachining, Fimax, Woodcn, Tuoda