Berbelanja dengan Lebih Bijak Bersama Pembantu Peribadi AI Anda, AI Lazzie
Sekiranya anda inginkan bantuan pembeli peribadi yang bukan sahaja memahami pilihan anda malah juga mengenal pasti tawaran dan penjimatan terbaik, ayuh berkenalan dengan AI Lazzie. Pembantu beli-belah baharu dari Lazada yang dikuasakan oleh ChatGPT dari OpenAI ini mampu mengubah landskap eDagang dengan kecerdasan buatan untuk menjadikan pengalaman membeli-belah lebih bijak, lancar, dan menyeronokkan.
Kini boleh diakses melalui Message+ pada Aplikasi Lazada, AI Lazzie menawarkan cadangan produk yang disesuaikan, mengumpulkan tawaran, dan membuka tawaran istimewa khusus untuk setiap pengguna. Marilah ketahui bagaimana AI Lazzie mengubah cara membeli-belah dengan pengalaman yang diperibadikan, satu persatu.
Pengalaman Beli-Belah yang Diperibadikan, Khas untuk Anda
Ucapkan selamat tinggal kepada skrol tanpa henti. Proses pencarian dan pembelian terbaik anda kini lebih pantas dan efisien dengan bantuan AI Lazzie, yang memberi tumpuan pada senarai hajat anda tanpa perlu menyemak pelbagai produk. Dengan berkongsi butiran mengenai apa yang anda cari, AI Lazzie boleh menyusun senarai cadangan produk berdasarkan keutamaan anda, warna kegemaran, jenama pilihan, dan banyak lagi.
AI Lazzie juga boleh mengambil inspirasi daripada senarai hajat dan pembelian terdahulu anda. Sebagai contoh, jika anda peminat pakaian berwarna hitam, anda hanya perlu meminta cadangan gaya daripada AI Lazzie, dan ia akan menampilkan senarai pilihan pakaian untuk melengkapkan penampilan anda. Setiap pengesyoran adalah khusus untuk setiap pengguna kerana AI Lazzie berfungsi untuk mencipta pengalaman membeli-belah yang semakin diperibadikan.

Temui Belian Mesra Bajet
Menguruskan bajet kini lebih mudah. Dengan mengimbangi kemampuan dan kualiti, AI Lazzie akan membantu mencari pilihan yang sesuai dengan bajet anda, sama ada anda mencari jaket bergaya, peralatan rumah terkini, atau dekorasi menarik.
AI Lazzie memastikan anda mendapat pilihan berkualiti tinggi tanpa membebankan dompet anda. Dengan kemampuan menawarkan baucar eksklusif dan diskaun tersembunyi melalui arahan dan kod khas, AI Lazzie memperkasakan anda untuk membeli-belah dengan lebih bijak sambil memaksimumkan bajet anda.
Pada 11.11 ini, jangan lupa untuk mengambil bahagian dalam kuiz “What’s Your Spirit Animal?” untuk mendapatkan kod khas yang boleh digunakan pada Message+ untuk meraih ganjaran LazCash untuk pembelian anda. Jangan tertunggu-tunggu kerana kod ini adalah terhad dan hanya peserta yang terpantas akan mendapat ganjaran!
Dapatkan Bantuan Apabila Diperlukan
Perlukan bantuan untuk mengenal pasti produk yang paling popular di Lazada? Atau anda ingin tahu tentang ulasan pengguna untuk telefon pintar yang terbaharu? AI Lazzie boleh membantu menjawab sebarang pertanyaan anda, sama ada dengan menyediakan maklumat tentang produk tertentu untuk perbandingan atau meringkaskan ulasan.
Selain itu, jika anda memerlukan bantuan dengan pesanan, AI Lazzie boleh menghubungkan anda dengan sokongan pelanggan untuk mendapatkan bantuan pantas. Ciri ini mengurangkan masa anda untuk menyelidik atau mendapatkan bantuan, memberikan anda lebih masa untuk membeli-belah dengan yakin dan membuat keputusan pembelian yang termaklum.
Petua Berguna dan Inspirasi Kreatif
Tidak terhad kepada sokongan membeli-belah, AI Lazzie menyediakan bantuan yang serba boleh untuk kemudahan pengguna. Sama ada anda memerlukan resipi pantas atau mencari senarai lagu-lagu romantis klasik, AI Lazzie menawarkan bantuan dan petua berguna untuk memudahkan tugas harian anda.
Ingin menambah sentuhan peribadi pada mesej atau ucapan perayaan? AI Lazzie juga boleh mencipta mesej atau puisi khas untuk sebarang majlis. Inilah pembeli peribadi yang terbaik untuk anda!
Membeli-Belah dengan Lebih Pintar dan Lancar
Dengan AI Lazzie sebagai pembantu beli-belah peribadi anda, pengalaman membeli-belah anda di Lazada kini lebih intuitif, interaktif, dan menarik. Selain menyediakan pengalaman yang lancar dan diperibadikan, AI Lazzie turut membantu anda mendapatkan tawaran terbaik, pilihan produk terkini dan bergaya, serta penjimatan yang terhebat semasa Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada yang akan bermula pada 10 November jam 8 malam hingga 13 November 2024.
Pastikan anda mengemaskini aplikasi Lazada untuk meneroka AI Lazzie di Message+ dan membuka kunci tawaran eksklusif yang menanti anda!