Hampir Seluruh Negeri Diramal Alami Cuaca Buruk
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di hampir seluruh negeri hingga jam 6 petang ini.
Menurut METMalaysia, negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
Selain itu, keseluruhan negeri Perlis, Melaka, Johor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya turut dijangka alami cuaca buruk itu.
“Bagi Kedah, daerah yang terlibat adalah Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Manakala di Perak melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
“Di Kelantan, ia melibatkan kawasan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang, selain kawasan Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu.
“Sementara itu di Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan dan Rompin, manakala Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang di Selangor.
“Negeri Sembilan pula melibatkan kawasan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin,” tulis METMalaysia.
BACA: Taburan Hujan 20 Hingga 40 Peratus Lebih Tinggi Berbanding Tahun Lepas – MetMalaysia
Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.
Di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Sandakan (Tongod dan Sandakan).
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Pelajar Maut Jatuh Dari Tingkat 4 Bangunan Sekolah
BACA: Lima Lelaki Termasuk Kerabat Pahang Didakwa Cederakan Individu
Sumber: METMalaysia