Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Masalah kereta bau hapak
Kredit: TikTok @aj_aircond

Rupa-Rupanya Senang Je Nak Hilangkan Bau Hapak Dalam Kereta

Siti Nur Ain Natasya

Rupa-Rupanya Senang Je Nak Hilangkan Bau Hapak Dalam Kereta

Siapa je tak risau bila kereta kesayangan tiba-tiba mengeluarkan bau yang kurang enak, kan?

Biasanya, bila masalah macam ni terjadi, pemilik kereta akan segera menghantarnya ke pusat cuci kereta.

Tapi peliknya, walaupun dah cuci luar dalam, bau hapak tu tetap tak hilang.

Lebih parah lagi, bila dah balik rumah dan cuba bersihkan sendiri pun, bau seakan-akan ‘stokin lama’ tu masih kekal dalam kereta.

Bau hapak macam ni memang merimaskan dan boleh buat kita rasa tak selesa setiap kali nak memandu.

Jadi, SK hari ni akan kongsikan punca utama bau hapak dalam kereta dan cara mudah untuk hilangkan bau tu, dikongsikan oleh pengguna TikTok bernama @aj_aircond.

Menariknya, cara ni tak perlukan sebarang kos tambahan, hanya beberapa langkah mudah dan bau kereta anda akan kembali segar.

Ramai tak tahu, bau busuk dalam kereta ni biasanya datang dari sistem penghawa dingin.

Kalau bau hapak muncul setiap kali anda buka penghawa dingin, itu tanda bahawa mungkin ada kotoran pada komponen penting yang dipanggil cooling coil.

Cooling coil yang kotor ni menjadi tempat kuman dan bakteria membiak, dan bila blower penghawa dingin menghembus udara, bau hapak dari bakteria tu turut merebak ke dalam kereta.

Bau hapak dari penghawa dingin ni selalunya hilang selepas 5 ke 10 saat, tapi kadang-kadang bau tu berlarutan, terutama jika cooling coil dalam kereta tak pernah dibersihkan.

Jadi, kalau anda nak kereta sentiasa segar, penting untuk tahu cara menjaga komponen ni dengan betul.

Apa nak buat untuk hilangkan bau hapak dalam kereta?

Jangan risau, sebenarnya cara untuk hilangkan bau hapak ni tak susah pun.

Anda hanya perlukan beberapa minit dan boleh dilakukan sendiri di rumah.

1. Hidupkan enjin kereta dan pasang penghawa dingin seperti biasa.

2. Naikkan tahap angin ke nombor empat atau paling kuat supaya udara boleh beredar dengan lancar ke seluruh kereta.

3. Set suhu penghawa dingin ke tahap paling rendah. Ini penting untuk memaksa udara sejuk keluar dengan lebih kuat, sekaligus membantu mengurangkan bau.

4. Turunkan semua tingkap kereta anda dan biarkan angin dari luar masuk. Cara ini membantu menyingkirkan bau hapak dengan lebih efektif.

5. Biarkan kereta anda dalam keadaan ini selama kira-kira 20 minit. Jika anda mahu, boleh juga memandu kereta selama proses ‘refreshing’ ini berlangsung, dan pastikan anda lakukan sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit untuk hasil yang optimum.

Mudah sangat, bukan? Sem0ga bermanfaat dan selamat mencuba.

BACA: 6 Punca Bateri Kereta Cepat Habis

BACA: Jangan Panik Bila Kereta Pancit, Ini Cara Mudah & Selamat Tukar Tayar Spare

BACA: 6 Tip Pemanduan Selamat Semasa Hujan

Sumber: AJ Aircond via TikTok