Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

6 Punca Bateri Kereta Cepat Habis
Memiliki kereta memerlukan perhatian penuh terhadap aspek dalaman dan luarannya, termasuklah komponen penting seperti bateri.
Bateri memainkan peranan utama dalam memastikan sistem elektrik kereta berfungsi, menghidupkan enjin dan menyokong komponen elektronik.
Namun, bateri yang cepat habis boleh menjadi satu masalah yang besar. Bukan sahaja kereta tidak boleh bergerak, malah rutin harian pasti akan terganggu.
Mana tidaknya, kereta adalah satu keperluan masa kini yang membantu dalam melancarkan urusan harian kita.
Justeru, SK hari ini akan kongsikan enam punca utama yang menyebabkan bateri kereta anda cepat habis, seperti yang dijelaskan oleh pengguna TikTok @altimatsaujana.
Aksesori kereta seperti lampu, radio atau GPS yang berfungsi melalui bateri boleh menyebabkan bateri kereta cepat habis jika digunakan secara berlebihan atau tidak ditutup dengan betul.
Misalnya, jika lampu kereta dibiarkan menyala semasa enjin dimatikan, bateri akan habis dengan cepat.
Oleh itu, pastikan aksesori ini dimatikan sepenuhnya apabila kereta tidak digunakan.
Bateri kereta biasanya perlu diganti setiap dua ke empat tahun, bergantung pada keadaan penggunaannya.
Jika bateri sering kehabisan tenaga tanpa sebab yang jelas, ini mungkin petanda ia sudah tiba masa untuk diganti.
Menggantikan bateri lama dengan yang baru dapat mengelakkan kerosakan yang lebih serius pada sistem elektrik kereta anda.
Jika anda kerap memandu dalam jarak pendek (kurang daripada 20 minit), bateri mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk dicas sepenuhnya oleh alternator.
Pemanduan jarak jauh membolehkan alternator mengecas bateri dengan lebih baik, menjadikannya tahan lebih lama.
Jadi, usahakan untuk melakukan perjalanan lebih panjang secara berkala.
Alternator yang tidak berfungsi dengan baik tidak dapat mengecas bateri dengan betul.
Fungsi alternator adalah menukar tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik untuk mengecas bateri semasa enjin berjalan.
Jika anda dapati bateri kerap habis walaupun telah diganti, periksa alternator anda dan baikinya jika perlu.
Kabel sambungan yang longgar atau rosak boleh menghalang aliran tenaga ke dan dari bateri, menyebabkan ia cepat habis.
Pastikan sambungan kabel bateri dipasang dengan ketat dan bebas dari kerosakan.
Jika terdapat sebarang masalah pada kabel, segera periksa dengan mekanik untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik.
Bateri yang terbiar dalam kereta untuk tempoh yang lama tanpa digunakan boleh menyebabkan kuasanya habis.
Jika anda bercadang untuk meninggalkan kereta tanpa digunakan untuk beberapa minggu atau bulan, keluarkan bateri dan simpan di tempat yang selamat di dalam rumah.
Jangan letakkan bateri terus di atas lantai, gunakan lapik untuk melindunginya.
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda menjaga bateri dengan lebih baik dan mengelakkan kerosakan yang tidak diingini.
Semoga bermanfaat.
BACA: Jangan Panik Bila Kereta Pancit, Ini Cara Mudah & Selamat Tukar Tayar Spare
BACA: 6 Tip Pemanduan Selamat Semasa Hujan
BACA: Kereta Kerap ‘Overheat’, Ini 7 Punca Anda Perlu Tahu
Sumber: Altimat Saujana Utama via TikTok