Kereta Kerap ‘Overheat’, Ini 7 Punca Anda Perlu Tahu
Memiliki kereta memang satu komitmen yang besar, dan apabila kereta menghadapi masalah overheat, ia tidak boleh diabaikan.
Masalah ini boleh menyebabkan kenderaan anda langsung tidak boleh bergerak, dan jika tidak ditangani segera, anda mungkin terpaksa keluarkan duit lebih untuk khidmat towing.
Sebelum masalah ini menjadi lebih serius, lebih baik anda siasat dahulu punca sebenar yang boleh menyebabkan kereta anda overheat.
Berikut adalah 7 punca utama yang anda perlu tahu, berdasarkan perkongsian pengguna TikTok @jamesyip_.
1. Termostat Rosak
Termostat adalah alat yang mengawal suhu enjin.
Jika termostat tersekat, sama ada terbuka atau tertutup, suhu enjin akan meningkat dan menyebabkan overheat.
2. Kipas Radiator Tidak Berfungsi
Kipas radiator berfungsi menyalurkan angin ke radiator bagi memastikan suhu enjin kekal sejuk.
Apabila kipas rosak atau tidak berfungsi dengan baik, proses penyejukan enjin terganggu, dan ini menyebabkan overheat.
3. Casket Head Bocor
Casket head yang bocor akan menyebabkan kebocoran pada sistem penyejukan dan boleh merosakkan pam air.
Ini akan menyebabkan tekanan coolant menurun dan akhirnya menyebabkan overheat.
4. Gelembung Udara dalam Coolant
Gelembung udara dalam sistem coolant boleh menyebabkan aliran penyejukan tersekat.
Ini akan mengganggu proses penyejukan enjin, menyebabkan suhu enjin meningkat.
5. Radiator Bermasalah
Radiator yang kotor, tersumbat atau berkarat boleh menghalang proses penyejukan kereta.
Selain itu, habuk yang terkumpul di bahagian depan radiator juga boleh mengganggu aliran udara.
Pastikan radiator anda berada dalam keadaan bersih dan baik untuk mengelakkan overheat.
6. Water Pump Rosak
Water pump berfungsi menolak coolant melalui enjin.
Kerosakan water pump jarang berlaku, tetapi jika ia rosak, coolant tidak akan dapat mengalir dengan betul, menyebabkan enjin berdepan masalah suhu tinggi.
7. Coolant Bocor
Kebocoran coolant, sama ada luaran atau dalaman, boleh menurunkan tekanan sistem penyejukan.
Jika coolant bercampur dengan minyak akibat kebocoran dalaman, ia tidak akan berfungsi dengan baik, menyebabkan enjin berisiko mengalami overheat.
@jamesyip_ 7 Punca Kereta Overheat #alatin #james_alatin #kereta #car #carmalaysia #education #cermin #cermingelap #tinted #tintedwindows #tiktokguru #InspirasiRamadan #harirayaaidilfitri #hariraya144h #overheat #punca
Pastikan anda memeriksa dan menyelenggara komponen-komponen penting kereta secara berkala untuk mengelakkan masalah overheat yang boleh membawa kepada kerosakan lebih besar dan kos pembaikan yang tinggi.
Semoga bermanfaat.
BACA: Jangan ‘Pandang Remeh’, Ini 4 Punca Aircond Kereta Cepat Rosak
BACA: 5 Tip Penjagaan Asas Motosikal, Semua Perlu Tahu
BACA: 5 Tabiat Buruk Ini Boleh Buat Kereta Cepat Rosak
Sumber: James Yip via TikTok, Mechanic Base