Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
fifa penalti indonesia
Gambar: AFP

FIFA Keluarkan 4 ‘Penalti’ Termasuk Denda Terhadap Pasukan Indonesia

Iqbal Yasir

FIFA Keluarkan 4 ‘Penalti’ Termasuk Denda Terhadap Pasukan Indonesia

Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) mengenakan empat penalti ke atas pasukan kebangsaan Indonesia menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Jepun, lapor Suara.com.

Dalam 27 senarai penalti yang dikeluarkan daripada Jawatankuasa Tatatertib FIFA terhadap pasukan yang menyertai Kelayakan Piala Dunia 2026, empat daripada melibat skuad Garuda itu.

Difahamkan, hukuman itu diambil berdasarkan insiden yang berlaku antara September dan Oktober 2024 dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Empat ‘penalti’ yang dinyatakan FIFA

Gambar: AFP

Dalam kenyataan tersebut, FIFA menegur tindakan Indonesia yang lambat beraksi ketika melayan kunjungan Australia pada hari perlawanan kedua fasa Kumpulan C pada 10 September 2024 di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK).

Selain itu, badan bolasepak dunia itu turut menjatuhkan denda sebanyak Rp179 juta (hampir RM50,000) terhadap pasukan berkenaan susulan lewat melakukan sepak mula perlawanan.

Kesalahan ini melibatkan perlawanan keempat apabila pasukan kebangsaan Indonesia bertandang ke Qingdao, China.

FIFA turut melarang pengurus pasukan kebangsaan Indonesia, Sumardji terlibat dalam satu perlawanan selepas melakukan bantahan keras sewaktu perlawanan menentang Bahrain tempoh hari.

Pada perlawanan itu, Sumardji menerima kad merah daripada pengadil Ahmed Al Kaf pada penghujung perlawanan ekoran melakukan protes terhadap keputusan pengadil.

Terakhir, FIFA mendenda penganalisis pasukan kebangsaan Indonesia,Kim Jong-jin untuk terlibat dalam empat perlawanan seterusnya.

Walaupun tiada bukti kukuh mengenai hukuman itu, namun Jong-jon disyaki mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Untuk makluman, Indonesia dijadualkan menentang gergasi Asia Jepun dalam Pusingan ke-3 perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 pada 15 November ini.

FIFA Singkir Indonesia Sebagai Tuan Rumah Piala Dunia B-20

Terdahulu, FIFA mengambil keputusan untuk menyingkir Indonesia selaku tuan rumah Piala Dunia B-20 termasuk PSSI juga berpotensi dikenakan penggantungan.

Keputusan itu dibuat hasil pertemuan antara Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino.

Sumber: Suara.com

BACA: “Pemain kembali, kami akan kembali..” – Pep

BACA: Al Hilal Didakwa Bakal Tamatkan Kontrak Neymar

BACA: Hanya 7 Perlawanan Bermain Di Al-Hilal, Neymar Cedera Lagi