Hujan Lebat Diramal Di Kebanyakan Negeri Hingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri hingga jam 6 petang ini.
Menurut METMalaysia, negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Difahamkan, seluruh kawasan di Perlis, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diramal mengalami cuaca buruk itu.
“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling dan Kulim. Manakala Perak pula melibatkan daerah Larut, Matang Dan Selama dan Hulu Perak.
“Di Kelantan, daerah yang terlibat adalah Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai. Sementara itu di Pahang melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Kuantan dan Rompin.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat termasuk Kuching (Bau dan Kuching), Serian (Tebedu), Sri Aman, Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan) dan Limbang.
“Di Sabah pula, ia melibatkan daerah Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) ,” maklum METMalaysia dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0vjsrGgeNwqNudJqNAe1nN65fSGKewxap2s9fm7fmnLafSeTzziZoJYeymg8ERLfvl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia