“Pemain kembali, kami akan kembali..” – Pep
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola yakin pasukannya akan kembali ke prestasi terbaik tidak lama lagi, selepas Ciy tewas 1-2 kepada Brighton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.
Menurut jurulatih dari Sepanyol itu, Citizens kini dibelenggu masalah kecederaan beberapa pemain utama seperti John Stones, Jeremy Doku, Ruben Dias, Jack Grealish, Rodri dan Oscar Bobb.
Dia percaya, kepulangan beberapa pemain utama selepas rehat antarabangsa, mampu merangsang semula prestasi pasukan.
Saya suka cabaran ini – Pep
Mengulas lebih lanjut, dia menyatakan ini adalah cabaran yang dinantikannya sekian lama.
“Saya akan merenung dalam sepuluh hari ini, tenangkan fikiran kami dalam masa yang sama pemain kembali cergas, ini adalah sasaran.
“Apabila pemain kembali, saya ingin bermain pada tahap separuh masa pertama. Hari ini adalah babak pertama yang sangat bagus. 70 minit sangat bagus.
“Saya tahu bagaimana kami bermain. Saya tidak perlu menjelaskan. Tahap yang kami mainkan sangat bagus pada saat-saat tertentu tetapi kami tidak dapat meneruskan untuk jangka masa yang lama.
“Saya pasti apabila pemain kembali, mereka boleh membuat beberapa kualiti individu dalam pasukan dan kami akan kembali.
“Kami tewas dua perlawanan dalam Liga Perdana. Sudah tentu, kami perlu berubah dan kembali kepada kemenangan.
“Apabila pemain kembali, saya tidak ragu kami akan kembali ke tahap terbaik.
“Ini cabaran saya, saya suka cabaran. Saya tidak akan berundur, sebaliknya saya mahu melakukannya. Kami akan cuba lagi.
“Saya cuba menganalisis prestasi kami dalam empat berturut-turut sebelum ini tentang bagaimana kami bermain.
“Bournemouth layak mendapatnya, tetapi perlawanan itu sangat bagus…Spurs, pemain muda. Terdapat banyak perkara positif di Lisbon dan hari ini tetapi kami kalah.
“Nampak seperti memberi alasan. Ini yang saya rasa. Apabila kami bermain buruk, saya orang pertama yang berkata. Saya tidak mempunyai perasaan itu.” katanya.
Manchester City kini di tangga ke-2 liga dengan mengumpul 23 mata, lima mata di belakang Liverpool yang semakin melebarkan jarak dipuncak liga selepas kemenangan ke atas Aston Villa pada awal pagi tadi.
Sumber: Manchester City