Siakap Keli
Penunggang Maut rempuh lembu
Gambar: Bernama

Penunggang Maut Selepas Motosikal Rempuh Lembu Lintas Jalan 

Penunggang Maut Selepas Motosikal Rempuh Lembu Lintas Jalan 

KUANTAN, 10 Nov (Bernama) — Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor lembu melintas jalan di Kilometer 10 Jalan Kuantan-Chini, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata kejadian berlaku pada kira-kira 10.30 malam semasa Muhammad Zulhijan Kafli, 29, sedang dalam perjalanan dari Felda Chini ke Felda Chini Timur 2, dan dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati motosikal itu melanggar seekor lembu yang sedang melintas jalan, mengakibatkan penunggangnya mengalami kecederaan parah, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaidi berkata mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Pekan untuk proses dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: BERNAMA

BACA: Hujan Lebat Diramal Di Kebanyakan Negeri Hingga Petang Ini

BACA: Wanita Kongsi Rahsia Periuk 22 Tahun Masih Berkilat Macam Baharu

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.