Siakap Keli
35 maut pusat sukan
Kredit: HECTOR RETAMAL/AFP

35 Maut, 43 Cedera Selepas Dirempuh Kereta Di Pusat Sukan

35 Maut, 43 Cedera Selepas Dirempuh Kereta Di Pusat Sukan

Sekurang-kurangnya 35 maut dan 43 orang awam cedera selepas dirempuh oleh sebuah kereta di pusat sukan di bandar Zhuhai, selatan China pada Selasa, lapor AFP.

Menurut kenyataan polis tempatan, kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 62 tahun disyaki dengan sengaja merempuh pintu pagar sebuah pusat sukan, lalu melanggar sekumpulan orang ramai yang sedang bersenam.

Jumlah korban akibat insiden terbabit merupakan peningkatan secara mendadak daripada laporan awal.

Pihak polis turut memaklumkan bahawa rakaman video menunjukkan orang ramai yang cedera telah dipadam daripada sosial media.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian itu adalah kerana rasa tidak puas hati suspek terhadap pengagihan aset selepas perceraian,” ujar kenyataan itu lagi.

BACA: 24 Jam Terang-Benderang, Ramai Kagum Lihat Fenomena Matahari Tengah Malam

Suspek telah berjaya ditahan polis ketika cuba melarikan diri, namun mencederakan dirinya sendiri dengan pisau sehingga mengalami kecederaan serius dan kini dalam keadaan koma.

Dalam pada itu, suspek juga mengalami luka di leher dan cedera parah pada beberapa bahagian badan.

“43 orang yang cedera berada dalam keadaan tidak mengancam nyawa,” kata polis.

Sementara itu, Presiden China, Xi Jinping menegaskan bahawa suspek akan berhadapan hukuman tegas berdasarkan undang-undang negara itu.

Malah, menggesa pihak bertanggungjawab untuk merawat mangsa-mangsa yang cedera dengan sebaik mungkin.

BACA: Kementerian Pertahanan Ambil Langkah Proaktif Cegah Kes Buli Di UPNM

Video di tempat kejadian menunjukkan mangsa yang dilanggar sedang terbaring di atas jalan raya, manakala orang ramai berusaha menyedarkan mangsa yang terlibat.

Seorang saksi memaklumkan kepada berita tempatan, ia adalah perkara biasa bagi orang ramai melakukan senaman setiap hari di trek khusus di pusat sukan.

Difahamkan, saksi baru sahaja menamatkan pusingan ketiganya ketika sebuah kereta secara tiba-tiba memecut ke arah mereka dan merempuh orang ramai, namun dia bertindak pantas dengan melompat ke arah tepi jalan.

BACA: 8 Punca Kereta Rasa Semput Bila Tekan Minyak, No.3 Mungkin Ada Yang Perasan

Sumber: AFP

Athirah

When nothing goes right, go left.