Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Fenomena Matahari Tengah Malam
Kredit: @mattykjordan via TikTok

24 Jam Terang-Benderang, Ramai Kagum Lihat Fenomena Matahari Tengah Malam

Athirah

Fenomena matahari tengah malam adalah satu fenomena alam yang berlaku di negara yang terletak di Lingkaran Antartika ataupun di Lingkaran Artik.

Menurut portal Space.com, fenomena ini disebabkan oleh kecondongan paksi Bumi semasa planet mengorbit Matahari.

Garisan latitud yang menghubungkan Kutub Utara dan Kutub Selatan telah dicondongkan kira-kira 23.4 darjah.

Ia turut dikenali sebagai kecondongan paksi Bumi. Difahamkan, kecondongan ini menyebabkan satu hemisfera lebih tertumpu ke arah matahari dan sebaliknya.

Oleh itu, hemisfera utara dan selatan mengalami musim yang bertentangan dan perbezaan tempoh siang serta malam.

Space.com berkata, ia merupakan fenomena alam yang terjadi setiap setahun sekali pada musim panas. Fenomena ini dapat dilihat sekitar bulan Jun di kutub utara dan pada bulan Disember di kutub selatan.

Lelaki tunjuk fenomena matahari tengah malam di TikTok

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @mattykjordan, lelaki ini memaparkan keindahan matahari tengah malam yang sedang berlaku di Antartika.

Pada awalnya, @mattykjordan menunjukkan zon waktu di telefon bimbitnya sambil berjalan menuju ke pintu.

Apabila tiba di balkoni, dia menunjukkan kawasan kutub selatan yang sangat cerah walaupun jam menunjukkan pukul 12 tengah malam.

“Matahari tidak terbenam sehingga bulan Februari tahun hadapan sewaktu berlakunya fenomena ini,” katanya.

Ia menjadikan Matahari akan sentiasa kelihatan berada di atas ufuk sepanjang hari selama 24 jam, tanpa terbenam walaupun hari sudah malam.

Video berdurasi 00:24 saat itu telah membuat orang ramai kagum dengan fenomena matahari tengah malam, selain daripada fenomena langit yang unik seperti Aurora dan Milky way.

Video berkenaan mendapat 6.3 juta tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok bertanyakan pelbagai soalan kepada @mattykjordan.

Antaranya ialah bagaimana mereka tidur ketika fenomena ini terjadi, berapa bacaan suhu di sana, adakah fenomena ini mempengaruhi kesihatan manusia dan sebagainya.

BACA: Dilanggar Kereta Ketika Lintas Jalan, Warga Emas Dilaporkan Maut

BACA: 8 Punca Kereta Rasa Semput Bila Tekan Minyak, No.3 Mungkin Ada Yang Perasan

Sumber: @mattykjordan via TikTok