Dilanggar Kereta Ketika Lintas Jalan, Warga Emas Dilaporkan Maut
Shah Alam — Seorang lelaki warga emas berusia 92 tahun dilaporkan maut selepas dilanggar kereta sewaktu melintas jalan, pada Isnin.
Menurut Sinar Harian, kejadian berkenaan berlaku di Kilometer 60.5 Jalan Klang-Teluk Intan di sini.
Difahamkan, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke sebuah kedai makan berdekatan sewaktu kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.20 pagi.
BACA: 8 Punca Kereta Rasa Semput Bila Tekan Minyak, No.3 Mungkin Ada Yang Perasan
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, hasil siasatan polis mendapati pemandu kereta Nissan Sentra berusia 69 tahun sedang memandu dari arah Kuala Selangor menghala ke Tanjong Karang.
“Apabila pemandu tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai telah melintas jalan menyebabkan kenderaan itu yang berada berdekatan gagal mengelak dan melanggar mangsa,” ujarnya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.
Beliau berkata, mangsa telah mengalami kecederaan akibat pelanggaran itu dan dibawa ke Hospital Tanjong Karang bagi mendapatkan rawatan lanjut.
BACA: Ibu Lega Jumpa Mr. D, Tukang Gunting Rambut Pandai Ambil Hati Anak Autisme
“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” jelas beliau.