Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR, 13 November (Bernama) — Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun di sebuah hospital swasta, pagi ini.
Pemergian Allahyarham atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin disahkan peguam beliau Datuk Dr Gurdial Singh Nijar.
Menurut Gurdial Singh, Allahyarham dimasukkan ke hospital itu sejak dua minggu lepas.
Daim sebelum ini memegang jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991, dan kali kedua pada 1999-2001.
BACA: Pegawai Kadet Didakwa Cederakan Junior Guna Seterika Berdepan Hukuman Diberhentikan Pengajian
BACA: Stor Farmasi Hospital Papar Terbakar
BACA: Rangkaian 5G Kedua: Menteri, Timbalan Menteri Komunikasi Tidak Terlibat Proses Pemilihan
Sumber: Bernama