Siakap Keli
amaran hujan
Kredit: Bernama

MetMalaysia Keluar Amaran Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga 6 Petang

MetMalaysia Keluar Amaran Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga 6 Petang

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, angin kencang dan ribut petir bakal landa 12 negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 6 petang.

Amaran yang dimuat naik di laman Facebook menunjukkan hujan lebat di seluruh negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Johor serta WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.

Di Kedah, hanya daerah Baling, Kulim dan Bandar Baharu diramal hujan lebat.

Manakala di pantai timur, daerah Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan turut menerima hujan lebat. Di Terengganu, daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman juga dijangka hujan lebat.

BACA: “Jangan cari pasal…” – Pengguna Jalan Raya Kongsi Keadaan Terkini Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

Keadaan di Pahang menunjukkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong bakal menerima hujan lebat petang ini. Daerah Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin turut dijangka alami cuaca yang sama.

Turun ke Negeri Sembilan, daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin dijangka alami cuaca buruk.

Beralih ke Sarawak, daerah yang disenaraikan dalam amaran tersebut ialah Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu. Daerah Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Subis dan Miri) dan Limbang juga disenaraikan.

Manakala di Sabah, hujan lebat bakal berlaku di Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat.

BACA: Nak Bawa Anak Tunai Umrah? Ini Persediaan Penting Ibu Bapa Perlu Tahu

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum MetMalaysia.

Berikutan itu, orang awam dinasihatkan agar berhati-hati ketika berada di luar dan elak mengunjungi kawasan berisiko.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan ramalan cuaca signifikan yang menjangkakan hujan lebat di timur Semenanjung.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin timuran dijangka berlaku di timur Semenanjung bermula pada 14 hingga 21 November 2024.

“Keadaan ini akan menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan tersebut,” katanya.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.