Siakap Keli
persediaan umrah anak
Kredit: Muaz Aziz

Nak Bawa Anak Tunai Umrah? Ini Persediaan Penting Ibu Bapa Perlu Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Nak Bawa Anak Tunai Umrah? Ini Persediaan Penting Ibu Bapa Perlu Tahu

Menunaikan umrah bersama ahli keluarga merupakan impian setiap Muslim. Keinginan menjejakkan kaki, melawati tempat-tempat suci dan penuh makna dalam agama Islam bersama anak dan isteri menjadi penguat semangat mengukuhkan kewangan dan menyimpan.

Hati semakin melonjak apabila simpanan sudah mencukupi, ditambah pula sudah menemui agensi yang bersesuaian dengan perancangan kita. Berita disampaikan, anak-anak dibawa untuk mencari barang keperluan sepanjang berada di Tanah Suci.

Namun, ada sesuatu yang pasti terdetik di sudut kecil hati seorang bergelar ibu atau bapa. Mampukah anak bertahan dengan situasi di sana? Bolehkah anak mengikut perjalanan yang sememangnya diketahui jauh dan bersesak nanti? Cukupkah persediaan umrah anak yang telah dilakukan?

Kredit: Muaz Aziz

Bagi membantu meringankan kegusaran anda, SK kongsikan nota persediaan buat ibu bapa yang dicoret oleh seorang lelaki di laman Facebook miliknya.

Muaz Aziz, yang kini sedang menjalankan umrah bersama isteri dan anak-anak menukilkan satu nota tersebut. Ikuti perkongsian di bawah ini.

Nota persediaan sebelum tunai umrah dengan anak anak.

1. Pastikan anak-anak tahu bila hari terbang ke Haramain. Buat countdown supaya anak-anak bersedia.

2. Sebelum tarikh umrah biasakan anak-anak dengan masjid, biasakan anak-anak dengan aktiviti sebelum dan selepas solat.

3. Bawa mainan kegemaran anak-anak sekali pergi umrah (saiz kecil), jangan biarkan dia mengamuk di masjid. Mengganggu jemaah lain.

persediaan umrah anak
Kredit: Muaz Aziz

4. Susun aktiviti sepanjang di Haramain, bukan hanya aktiviti dalam masjid. Susun aktiviti berkelah di luar, masuk pasar raya, beli buah tangan untuk anak-anak.

5. Bawa beg sekadarnya, jumlah beg yang kita boleh urus. Jika banyak sangat beg bimbang tak terurus tambahan bawa anak-anak.

Setiap anak berikan satu beg sandang untuk dia bawa barang kesukaannya. Abdul Bari memang ke mana sahaja di dalam beg sandang dia ada satu ketul kereta kesukaan dia. Cukuplah buat dia gembira.

6. Tukar duit Riyal secukupnya dan sediakan satu kad kecemasan untuk kegunaan di sana. Kegunaan untuk makan, basuh baju, teksi, jajan anak-anak.

7. Tetapkan mindset untuk jaga mulut dan jaga adab sebaiknya. Apa yang berlaku beritahu anak-anak semua tu asbab kita nak dapat pahala.

BACA: Comel, Gelagat Cucu Ikut Atuk Jalan-Jalan Raih Perhatian 

aktiviti umrah anak
Kredit: Muaz Aziz

8. Beritahu anak-anak keistimewaan zamzam, biar sepanjang umrah anak-anak dengan air zamzam sahaja. Air zamzam banyak di Mekah dan Madinah, pastikan di dalam tong zamzam. Water dispenser itu air drinking water.

9. Datang ke masjid seawal satu jam sebelum azan, untuk sembahyang di dalam bangunan masjid. Dataran luar masjid jadikan pilihan ketiga dan keempat.

10. Sediakan small goodies (gula-gula) letak dalam beg anak-anak. Suruh dia berikan pada kanak-kanak lain di sana untuk anak-anak merasai sendiri keseronokan berkongsi dan sedekah.

BACA: Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini Sebab Tingkap Pesawat Berbentuk Bujur

11. Beritahu pada anak-anak, jangan merungut rasa makanan di sana. Cukup dengan senyap jika tidak kena dengan tekak. Nanti ayah carikan yang lain. Kalau duit tak cukup Ummi payung.

12. Ajak anak-anak solat jenazah setiap kali habis waktu solat. Ceritakan kelebihannya. Di Malaysia sangat jarang anak-anak kita nak dapat peluang solat jenazah.

Kredit: Muaz Aziz

13. Ambil peluang duduk niat iktikaf di masjid dengan anak-anak. Buat aktiviti di dalam masjid sama ada baca Al-Quran bersama-sama, bawa buku lukisan anak-anak atau ajak berbual tentang kebesaran Allah dan sirah rasul supaya dia tidak bosan.

Boleh juga minta anak-anak tulis (tulisan tangan) atas buku senarai doa yang dia nak doa pada Allah, ajar doa yang khusus (specific). Minta dia ulang-ulang. Macam Najihah dia minta Allah Islamkan labubu.

14. Dalam gembira kena tegas dengan anak-anak supaya tidak mengganggu jemaah yang lain.

15. Setiap kali sebelum tidur, ajak anak-anak berdoa bersama-sama supaya Allah mudahkan terjaga satu jam sebelum Subuh dan dapat solat berjemaah di masjid.

aktiviti umrah anak
Kredit: Muaz Aziz

16. Puji tingkah laku anak-anak di sana, supaya dia lebih seronok ikut aktiviti dengan ibu ayah.

17. Libatkan anak-anak dalam program sambil sedekah dan lain-lain.

18. Tambah keterujaan anak-anak dengan ganjaran aiskrim dan manisan sesudah selesai Isyak setiap hari.

BACA: Elak Ditipu, Ini Persediaan Sebelum Renovasi Rumah

Sumber: Muaz Aziz

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.