Siakap Keli
pokok halau nyamuk
Kredit: TikTok @flora.zazzy

Nyamuk ‘Berkampung’ Di Rumah? Ini 3 Pokok Mampu Halau Nyamuk Secara Alami

Nyamuk ‘Berkampung’ Di Rumah? Ini 3 Pokok Mampu Halau Nyamuk Secara Alami

Mungkin ramai di antara kita yang suka menanam pokok-pokok di sekitar halaman rumah atau balkoni.

Aktiviti ini bukan sekadar hobi untuk mengisi waktu lapang tetapi ia juga memerlukan disiplin yang tinggi untuk memastikan tanaman tumbuh subur.

Bagi mereka yang sudah penat ‘bertarung’ dalam alam pekerjaan, melihat tumbuhan hijau juga merupakan satu terapi minda.

Tambahan lagi, terdapat pelbagai jenis tumbuhan dengan pelbagai jenis, saiz, warna dan rupa bentuk yang menarik.

Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya sesetengah pokok juga dapat menghalau serangga kecil daripada berkeliaran dalam rumah termasuk nyamuk.

Menarik bukan? Lepas ini, tentu tiada lagi bunyi nyamuk berterbangan di tepi telinga terutamanya sewaktu tidur malam jika tanam pokok-pokok ini di halaman rumah anda.

Jom SK kongsikan senarai pokok yang mampu menghalau nyamuk menerusi perkongsian pengguna TikTok @flora.zazzy di bawah.

3 Pokok Penghalau Nyamuk

 Pokok Lemon Cypress

pokok halau nyamuk
Kredit: TikTok @flora.zazzy

Menariknya pokok Lemon Cypress ini, ia mengeluarkan satu bau yang tidak digemari oleh nyamuk dan kebanyakan serangga lain.

Secara tidak langsung, rumah anda bebas daripada serangga.

Pokok Garuda

pokok halau nyamuk
Kredit: TikTok @flora.zazzy

Seterusnya pokok Garuda, uniknya tumbuhan hijau ini mengeluarkan satu bauan herba yang agak kuat.

Disebabkan itu, nyamuk kurang menggemari jika ia ditanam di sekitar halaman rumah. Bahkan hidung sesetengah orang kurang gemar dengan baunya.

Difahamkan, pokok ini juga berfungsi dalam penggunaan ubat-ubatan dalam masyarakat.

Citronella Geranium

pokok halau nyamuk
Kredit: TikTok @flora.zazzy

Citronella Geranium (nama saintifik) atau lebih dikenali sebagai Pokok Halau Nyamuk salah satu pokok yang mampu menghalau keberadaan nyamuk di rumah. 

Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk menanam sekurang-kurangnya tiga pokok dan lebih bagi sebuah rumah agar lebih efektif.

@flora.zazzy

Replying to @jemi.udin pokok yang biasa orang guna untuk halau nyamuk😊 #fyp #plantlover #plantok #nurserydengkil

♬ original sound – Nicky Youre

Sumber: @flora.zazzy

BACA: Jimat Tak Perlu Hantar Kedai, Ini Punca Peti Ais Jadi “Tak Sejuk”

BACA: Wanita Kongsi Rahsia Periuk 22 Tahun Masih Berkilat Macam Baharu

BACA: “Jangan cari pasal…” – Pengguna Jalan Raya Kongsi Keadaan Terkini Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

Nur Alissa