Siakap Keli
ikan paus pulau payar
Gambar: Scuba Club Langkawi

Tular Penampakan Ikan Paus “Terbang” Di Pulau Payar Curi Perhatian

Tular Penampakan Ikan Paus “Terbang” Di Pulau Payar Curi Perhatian

Seperti yang diketahui, laut menyimpan pelbagai sumber makanan termasuk hidupan marin yang jarang ditemui.

Ia termasuklah mamalia terbesar marin, ikan paus yang jarang ditemui. Lazimnya, habitat haiwan ini berada di laut dalam. Sekiranya terserempak dengan mamalia ini di permukaan satu momen yang indah.

Baru-baru ini, satu video tular memaparkan penampakan seekor ikan paus dipercayai telah ditemui di sekitar perairan Pulau Payar, Selatan Pulau Langkawi baru-baru ini.

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh akaun Facebook Scuba Club Langkawi, ikan paus berkenaan melompat keluar dari permukaan air.

Gambar: Scuba Club Langkawi

Perkara itu telah mencuri perhatian sekumpulan orang yang berada di lokasi tersebut.

“Kami dalam perjalanan pulang dari Pular Payar selepas menyelam dan ikan paus telah mencuri perhatian.

“Tengok betapa pesonanya dia. Satu momen yang manis sebelum perjalanan pulang

“Maaf video agak bergegar sebab terlalu teruja,”  tulis hantaran itu.

https://www.facebook.com/reel/1126520442324421

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menyifatkan ia merupakan satu kenangan buat mereka yang dapat melihatnya secara depan mata.

Malah ada juga yang berkongsi pengalaman melihat mamalia berkenaan.

Berikut antara komen pengguna;

“Pernah tengok dekat sana sampai feri duk ikut dia. Lepastu saya sampai terlepas penerbangan haha,” kongsi seorang pengguna.

“Wah seronoknya dapat tengok secara depan mata. Subhanallah. Selalu tengok dekat tv sahaja kan,” komen pengguna lain.

“Hari-hari juga nampak, mereka biasanya ada empat ekor selalunya,” tulis seorang pengguna.

Pada 25 Jun 2022, kelibat tiga ekor ikan paus dipercayai telah ditemui di sekitar Pulau Payar dan Segantang, Selatan Pulau Langkawi.

Memetik laporan Mothership, tiga mamalia itu telah dikesan oleh sekumpulan individu yang menaiki bot di pulau tersebut.

Rakaman video yang memaparkan kesemua ikan paus itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, @madylangkawi dan menjadi tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Ketika ditemui, ketiga-tiga ikan paus tersebut dilihat sedang memakan sesuatu.

Sumber: Facebook Scuba Club Langkawi

BACA: Tular, Tiga Ekor Ikan Paus Besar Ditemui Di Perairan Langkawi

BACA: Ini Cara Kumpul RM12k Dalam 2 Tahun, Sedar-Sedar Duit Dah Cukup

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.