Siakap Keli
tun mahathir kehilangan sahabat
Kredit: Bernama

Saya Kehilangan Sahabat Yang Berjuang Bersama – Tun Mahathir

Saya Kehilangan Sahabat Yang Berjuang Bersama – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR, 13 November (Bernama) — Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemergian bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia hari ini sebagai kehilangan seorang sahabat seperjuangan.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, bekas perdana menteri itu berkata beliau berasa sedih atas pemergian Allahyarham.

“Saya hanya mampu berdoa, akan kita bersama kembali di masa tertentu, Amin, Ya Rabbal Alamin,” kata bekas perdana menteri itu.

Menurut keluarga Allahyarham dalam kenyataan, Daim, 86, meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada 8.21 pagi tadi.

Daim sebelum ini memegang jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991, dan kali kedua pada 1999-2001.

BACA: Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Meninggal Dunia

BACA: Lelaki Ditahan Susulan Penemuan Mayat Wanita Dalam Peti Sejuk

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.