Siakap Keli
Orang kampung raikan peserta maraton
Kredit: TikTok @hazziqhatta

Orang Kampung ‘Raikan’ Peserta Maraton, Tarik Perhatian Warga Maya

Orang Kampung ‘Raikan’ Peserta Maraton, Tarik Perhatian Warga Maya

Acara maraton memang tak asing lagi di Malaysia, terutama dalam kalangan peminat sukan larian jarak jauh.

Selain menyihatkan badan, maraton juga jadi aktiviti seronok untuk diisi bersama rakan dan keluarga.

Baru-baru ini, trend peserta maraton berpakaian unik jadi perhatian.

Ada yang tampil dengan busana pengantin, pakaian tradisional malah kostum-kostum lucu.

Tapi yang paling menarik kali ini bukan sekadar kostum, melainkan sikap mesra orang kampung yang ‘meraikan’ peserta maraton yang singgah di kawasan mereka.

Dalam satu video tular oleh pengguna TikTok @hazziqhatta, kelihatan penduduk kampung menyediakan meja dan kanopi.

Siap dengan pelbagai juadah percuma buat peserta Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang berlangsung baru-baru ini.

Ada nasi lemak, kuih-muih dan minuman sejuk dihidangkan khas buat pelari yang singgah.

Suasana ceria jelas terasa bila peserta dan penduduk saling bertegur sapa dan bergurau senda.

Gelagat ramah penduduk yang tak biarkan peserta berlalu dengan perut kosong sangat mencuit hati.

“Makan minum, makan minum,” kata seorang peserta sambil tertawa.

“Selamat Hari Raya,” seloroh seorang lagi peserta.

“Ate COT 4 jam, makan dulu,” gurau peserta lain sambil mengambil masa menikmati hidangan.

@hazziqhatta

Part 2. Ate komeeee sporting benor orang kualeeeee ni. Lari makan makan #pelarikonten #lariansultannazrinshah

♬ Run Boy Run – Woodkid

Bagus betul kalau dapat tengok rakyat kita gembira macam ni setiap hari

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian itu ternyata dibanjiri dengan pelbagai reaksi daripada warga maya yang terhibur melihat gelagat peserta dan orang kampung.

“Ini baru betul lari buang lemak, lemak ikut balik sekali,”

“Ini memang lari-lari cari makan, bukan main-main,”

“Nasib bukan musim durian, kalau tak, memang ada ‘pit stop durian’,”

Memang inilah budaya masyarakat kita yang suka meraikan tetamu dengan tangan terbuka.

Tanpa sedar, momen begini bukan saja mengeratkan hubungan sesama rakyat, tapi juga buat kita tersenyum melihat semangat kebersamaan dalam kepelbagaian bangsa dan latar belakang.

Moga keharmonian ini terus kekal dan kita boleh saling menceriakan.

BACA: Wanita Kongsi Gelagat Suami Bila ‘Demam’ Buat Ramai Terhibur 

BACA: Lembu ‘Ceroboh’ Masuk Bilik Darjah, Buat Warga Maya Terhibur

BACA: Terpisah 7 Tahun, Pasangan Suami Isteri Peluk Anak Sulung Buat Ramai Sebak

Sumber: HaziqHatta via TikTok

Siti Nur Ain Natasya