Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Tarian Haka parlimen new zealand
Kredit: whakaatamaori via TikTok

Parlimen New Zealand Tergantung, MP Pembangkang Buat Tarian Haka

Athirah

Parlimen New Zealand Tergantung, MP Pembangkang Buat Tarian Haka

Sidang Parlimen di New Zealand dilapor tergantung seketika susulan tindakan beberapa ahli Parlimen melakukan tarian Haka, lapor BBC.

Menurut portal berita tersebut, tindakan berkenaan dibuat sebagai tanda protes terhadap satu rang undang-undang kontroversi yang cuba mentafsir semula perjanjian penubuhan negara itu dengan orang Maori.

Tindakan yang menjadi tular di media sosial itu dikatakan telah dimulakan oleh seorang ahli parlimen pembangkang, Hana-Rawhiti Maipi-Clarke.

Beliau bertindak demikian selepas ditanya sama ada parti yang diwakilinya akan menyokong rang undang-undang tersebut yang mana undian pusingan pertama diadakan pada Khamis (waktu tempatan).

Pada masa yang sama, satu protes aman yang digerakkan oleh penyokong hak orang Maori turut berjalan dan sedang menuju ke ibu negara, Wellington.

Menurut BBC, protes melibatkan ribuan peserta itu disasarkan berlangsung selama 10 hari dan bergerak dari kawasan utara New Zealand pada Isnin lepas.

Kumpulan itu kemudian dilapor sudah pun tiba di Auckland pada Rabu.

MP pembangkang New Zealand buat tarian Haka dalam parlimen tanda protes

New Zealand selama ini dianggap sebagai negara yang terkehadapan dalam memelihara hak keistimewaan penduduk pribuminya.

Bagaimanapun, beberapa kumpulan bimbang rang undang-undang berkenaan akan menjejaskan hak-hak yang dinikmati oleh orang Maori selama ini.

Act, iaitu parti yang mengusulkan rang undang-undang berkenaan menegaskan bahawa prinsip-prinsip yang terkandung dalam Perjanjian Waitangi 1840 perlu ditafsirkan semula secara sah.

Selama ini, asas-asas yang terkandung dalam perjanjian tersebut telah diserapkan dalam undang-undang New Zealand dari semasa ke semasa.

Video Hana-Rawhiti Maipi-Clarke menjadi tular di media sosial

Ia dikatakan sebagai usaha untuk membetulkan ‘kesilapan’ yang dilakukan terhadap orang Maori semasa era penjajahan kuasa barat.

Namun begitu, Parti Act melihat perkara ini pada masa yang sama turut menyebabkan New Zealand ‘terpisah’ akibat perbezaan kaum yang ada di negara itu.

Act juga mendakwa, pengenalan rang undang-undang ini kelak akan membolehkan perjanjian berkenaan ditafsir secara adil menerusi parlimen, bukan lagi oleh mahkamah.

Manakala penentang mendakwa rang undang-undang tersebut akan memecahkan-belahkan New Zealand dan menjejaskan sokongan yang diperlukan oleh orang Maori.

Haka, upacara tarian istiadat berkumpulan kaum Māori

Menurut portal New Zealand, Haka ialah tarian atau cabaran perang kaum Maori di Switzerland.

Haka lazimnya dipersembahkan secara berkumpulan dan menggambarkan kebanggaan, kekuatan dan perpaduan sesuatu kaum.

Tarian ini antaranya memaparkan perbuatan hentakan kaki, jeliran lidah dan tamparan badan berirama untuk mengiringi nyanyian yang kuat.

Secara tradisinya, tarian ini dilakukan dua pihak sebagai sebahagian daripada adat bertemu di medan.

Sebagai contoh, Haka dipersembahkan di medan perang untuk menyediakan pejuang dari segi mental dan fizikal sebelum bertempur.

Namun, tarian ini juga ada dipersembahkan dalam situasi-situasi pertemuan aman.

Kisah lagenda dalam kalangan orang Maori yang menggambarkan asal usul Haka sebagai perayaan kehidupan.

Ia dikatakan bermula apabila Tama-nui-te-ra, dewa matahari dan isterinya Hine-Raumati yang merangkumi musim panas, mempunyai anak lelaki bernama Tane-rore.

Pada hari musim panas, Tane-rore akan menari untuk ibunya yang menyebabkan udara bergetar. Pergerakan ringan dan pantas ini adalah asas kepada semua tarian Haka.

Di samping itu, tarian ini dipercayai digubah oleh ketua pahlawan suku Maori, Nhati Toa Te Rauparaha pada awal abad ke-19.

Ia difahamkan untuk meraikan pahlawan yang terselamat daripada kematian dalam pertempuran.

Hari ini, tarian Haka lebih dikenali menerusi persembahan oleh pasukan rugby kebangsaan New Zealand, All Blacks.

BACA: Henti Amal Tabiat Ini, Skru Boleh Karat & Drum Mesin Basuh Bergoyang Teruk

Sumber:

BBC