Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Mesin basuh akan cepat rosak
Kredit: @hairulvcool via TikTok
Tiada Kategori

Henti Amal Tabiat Ini, Skru Boleh Karat & Drum Mesin Basuh Bergoyang Teruk

Athirah

Henti Amal Tabiat Ini, Skru Boleh Karat & Drum Mesin Basuh Bergoyang Teruk

Mesin basuh sering menjadi antara perkakasan elektrik pertama yang kita beli untuk melengkapi kemudahan yang ada di rumah yang kita diami.

Dengan adanya mesin basuh, tugas-tugas mencuci seperti pakaian yang dipakai setiap hari, cadar katil dan banyak lagi menjadi bertambah mudah.

Seiring dengan perubahan masa, teknologi mesin basuh juga memperlihatkan perkembangan luar biasa.

Mesin basuh pada hari ini dilengkapi dengan pelbagai ciri terkini dan sensor yang canggih untuk memastikan operasi peralatan tersebut menjadi lebih efisyen.

Bagaimanapun seperti peralatan-peralatan elektrik yang lain, mesin basuh juga memerlukan penggunaan yang betul dan penjagaan yang teliti untuk bertahan lama.

Henti tabiat ini kalau tak mahu skru mesin basuh karat & drum bergoyak teruk

Namun tanpa sedari, adakala kita telah melakukan perkara-perkara yang akan memendekkan jangka hayat mesin basuh.

Antaranya perbuatan biasa yang dilakukan dan tidak nampak dimana risikonya adalah merendam pakaian semalaman dalam mesin basuh.

Siapa sangka, tabiat berkenaan sebenarnya perlu dielakkan kerana berpotensi untuk menjejaskan keupayaan mesin basuh utuk beroperasi dengan optimum.

Jadi kali ini, SK ingin berkongsi dengan pembaca jenis risiko yang anda akan hadapi sekiranya sering mengamalkan tabiat berkenaan.

Untuk makluman pembaca, penjelasan ini diambil daripada perkongsian di TikTok @hairulvcool.

Apa jadi kalau rendam baju semalaman dalam mesin basuh? Ini jawapannya

Menurut perkongsian berkenaan, tabiat merendam baju dalam mesin basuh bersama air untuk tempoh yang lama secara kerap boleh menyebabkan komponen skru menjadi karat.

Lama kelamaan, skru pada bahagian tapak mesin basuh boleh menjadi longgar dan terkeluar dari tempat asalnya.

Apabila situasi tersebut berlaku, drum mesin basuh akan menjadi tidak stabil ataupun bergoyang dengan mudah berbanding keadaan drum yang masih elok.

Keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya anda suka menyumbat pakaian hingga penuh untuk dibasuh, kerana skru yang sudah terjejas dengan karat berpotensi untuk patah pula.

Ia akan menjadikan drum bergoyang dengan lebih kuat, lebih-lebih lagi ketika berputar membasuh pakaian.

Sekiranya kerosakan tersebut dibiarkan tidak dibaiki, kerosakan boleh bertambah parah dan ada kemungkinan balancing pecah akibat goyangan drum yang melampau.

Menerusi video 03:28 minit itu, @hairulvcool turut menunjukkan contoh keadaan drum mesin basuh yang mengalami kerosakan akibat karat.

Mengeluarkan modal yang banyak untuk membaikinya

“Kalau perkara ini terjadi, anda digalakkan membeli mesin basuh yang baru kerana ia tidak berbaloi untuk dibaiki.

“Bukan tak boleh baiki, sekiranya ada modal boleh sahaja baiki. Tetapi tidak berbaloi kerana memerlukan modal yang tinggi,” ujar @hairulvcool lagi.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan.

BACA: Umur Cecah 90-an, Kasih Emak Pada Anak Tak Berubah Walau Anak Sudah Bercucu

Sumber: @hairulvcool via TikTok