Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
jun hao masters jepun
Kredit: Bernama

Masters Jepun: Jun Hao Tewaskan Juara All England 2024 Untuk Melangkah Ke Pentas Final

Azizah Najib

Masters Jepun: Jun Hao Tewaskan Juara All England 2024 Untuk Melangkah Ke Pentas Final

KUALA LUMPUR, 16 November (Bernama) — Pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao membuktikan kehebatannya di gelanggang apabila melangkah ke final Kumamoto Masters Jepun 2024 dengan menyingkirkan juara All England 2024 Jonatan Christie dari Indonesia dalam pertembungan sengit hari ini.

Aksi separuh akhir di Gimnasium Wilayah Kumamoto menyaksikan Jun Hao yang menduduki ranking ke-31 dunia itu terpaksa memerah keringat selama 77 minit sebelum menundukkan pilihan keempat kejohanan dengan keputusan 10-21, 21-18, 22-20.

BACA: Sultan Sharafuddin Isytihar Gombak-Hulu Langat Geopark Kebangsaan Pertama Selangor

Kejayaan ini merupakan kemenangan kedua Jun Hao ke atas Jonatan selepas Terbuka Indonesia 2024 pada Mei lepas, membuktikan kematangannya sebagai pemain yang mampu bersaing di pentas tertinggi untuk meraih kemenangan pertamanya dalam pentas Super 500 (Kumamoto Jepun 2024) itu.

Pada aksi final esok, Jun Hao bakal berdepan cabaran getir menentang sama ada jaguh dunia dan pemenang pingat emas Olimpik 2020 dan 2024 Viktor Axelsen dari Denmark atau pilihan ketujuh kejohanan Li Shi Feng dari China.

BACA: Pasukan MLBB Malaysia Muncul Juara Dunia

Jun Hao sebelum ini pernah meraih juara di tiga kejohanan iaitu Terbuka Finnish 2018 (Cabaran Antarabangsa), Masters Indonesia 2022 (Super 100) dan KL Masters Malaysia 2023 (Super 100) selain naib juara di Masters Thailand 2018 (Super 300) dan Cabaran Antarabangsa Bangladesh 2019.

Sementara itu, beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie terpaksa akur selepas kecundang kepada pasangan Thailand Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran 21-18, 20-22, 14-21.

Nasib yang sama menimpa beregu profesional lelaki negara Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong apabila tewas kepada pilihan keenam kejohanan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun dengan keputusan 12-21 dan 15-21.

BACA: Tiga Lemas Semasa Aktiviti ‘Water Rafting’ Di Sungai Kampar

Sumber: Bernama