Siakap Keli
Rayuan Bapa Mangsa Dikhuatiri Lemas
Kredit: Sinar Harian

“Ana Timbullah…”, Rayuan Ayah Mangsa Hanyut Arus Deras Sg. Air Beruk

“Ana Timbullah…”, Rayuan Ayah Mangsa Hanyut Arus Deras Sg. Air Beruk

Seorang wanita berusia 20 tahun dikhuatiri lemas apabila dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama empat ahli keluarganya.

Menurut Sinar Harian, kejadian berkenaan berlaku di Sungai Air Beruk, Jalan Padang Stang, Kampung Kerunai, Gerik pada Ahad.

Sehingga ke saat ini, mangsa yang bernama Nur Arina difahamkan masih belum ditemui manakala operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan pihak berkuasa.

“Ana timbullah anak, abah nak jumpa, ibu nak jumpa”, itulah rayuan bapa kepada mangsa, Azizan Md Din yang berada di lokasi kejadian ketika SAR memasuki hari kedua pada Isnin.

Menurut Sinar Harian, suasana berubah menjadi pilu saat Azizan melaungkan azan dalam keadaan sebak sebagai salah satu usaha agar Nur Arina segera ditemui.

Penduduk kampung membuat solat hajat di surau

Dalam pada itu, Azizan juga dilihat menangis sambil berulang kali memanggil nama anaknya di tepi sungai. Bapa kepada empat anak itu kemudiannya ditenangkan oleh ahli keluarga yang lain.

Menurut warga emas berusia 60 tahun itu, dia akan sentiasa menunggu di lokasi kejadian sehingga Arina berjaya dijumpai oleh pasukan SAR.

“Apa pun keadaannya saya harapkan dia dapat ditemui. Itulah harapan saya.

“Penduduk kampung juga banyak membantu dengan membuat solat hajat di surau. Saya hanya mampu berdoa sebagai ikhtiar untuk dia,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Ibu mangsa disahkan dalam keadaan stabil

Dalam pada itu, Azizan sempat berkongsi keadaan isterinya yang terselamat ketika hampir dihanyutkan arus deras dalam kejadian yang sama.

Menurut beliau, isterinya kini sedang menerima rawatan di Hospital Taiping dan berada dalam keadaan stabil.

Isterinya, Saripah Ahmad, 48, turut sempat menghubunginya dan mengakui merasa kesal kerana gagal menyelamatkan Nur Arina dalam kejadian berkenaan.

“Dalam jam 3.30 pagi tadi isteri telefon dan minta maaf kerana tidak dapatkan selamatkan anak. Katanya dia berjaya capai tangan anak tetapi terlepas sebab arus deras.

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.