Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Viral Awan Dragon Ball Jatuh
Kredit: CNN Indonesia

Viral Awan Kinton Dragon Ball ‘Jatuh’ Di Indonesia, Rupanya Hanya Gumpalan Wap

Athirah

Viral Awan Kinton Dragon Ball ‘Jatuh’ Di Indonesia, Rupanya Hanya Gumpalan Wap

Satu rakaman yang menunjukkan objek putih didakwa awan jatuh ke bumi di Kabupaten Murung Raya, Kalimantan Tengah di Indonosia menjadi viral baru-baru ini.

Dalam video berkenaan, awan berkenaan kelihatan terapung di langit sebelum perlahan-lahan turun dan jatuh ke atas permukaan tanah.

Kejadian tersebut menarik perhatian ramai kerana awan berkenaan kelihatan mirip seperti awan kinton yang terkenal menerusi animasi Dragon Ball.

Menurut CNN, penduduk tempatan turut menggelarkan kejadian yang berlaku itu sebagai fenomena awan jatuh.

Bagaimanapun, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia mengesahkan bahawa objek putih berkenaan bukanlah awan, sebaliknya hanyalah gumpalan wap.

Viral awan Dragon Ball didakwa jatuh ke tanah di Indonesia

“Fenomena ini kemungkinan besar bukan awan semula jadi, namun kondensasi wap air atau gas akibat kegiatan manusia yang terjadi di kawasan perlombongan,” ujar Pengarah BMKG, Andri Ramdhani.

Beliau berkata, awan tidak boleh jatuh ke permukaan dalam bentuk gumpalan kerana zarahnya sangat ringan dan tersebar pada kepadatan rendah.

Di samping itu, zarah awan biasanya menyejat sebelum tiba ke tanah, terutamanya apabila perubahan persekitaran berlaku.

Justeru, tambah Andri, fenomena dalam video yang tular itu berkemungkinan bukanlah awan semula jadi, namun dari proses pemeluwapan air atau gas yang disebabkan aktiviti manusia.

Menurut beliau lagi, keadaan ini boleh berlaku berikutan pembebasan gas tekanan tinggi daripada aktiviti perlombongan yang ditampung oleh suhu rendah dan kelembapan tinggi.

Fenomena ini tidak berbahaya dan bersifat sementara

Selain itu, pembentukan wap pemeluwapan juga boleh disumbang oleh keadaan persekitaran di lokasi kejadian.

“Wap ataupun gas ini selalunya lebih tumpat daripada awan semula jadi, jadi ia kelihatan seperti yang boleh disentuh dan dipegang.

“Namun, ini merupakan hanya kesan visual kerana apa yang kelihatan sebenarnya hanyalah gumpalan wap sementara,” jelas Andri lagi.

Dalam pada itu, BMKG menjelaskan fenomena ini tidak berbahaya dan bersifat sementara.

Justeru, orang ramai di lokasi sekitar penemuan tidak perlu risau kerana fenomena ini bukanlah petanda gangguan semula jadi.

BACA: Penumpang Dilarang Guna Bagasi Pintar Di Apron Lapangan Terbang – CAAM

Sumber:

CNN Indonesia