Siakap Keli
Arif Aiman & Tommy Mawat
Kredit: Bernama

Arif Aiman & Tommy Mawat Digantung Tiga Perlawanan

Arif Aiman & Tommy Mawat Digantung Tiga Perlawanan

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan keputusan tindakan tatatertib yang dikenakan kepada Arif Aiman Mohd Hanapi dan Tommy Mawat Bada.

Hukuman yang kenakan ke atas kedua-dua pemain itu adalah berhubung dengan insiden yang berlaku pada perlawanan Liga Super 2024/2025, di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 10 November lalu.

Menerusi kenyataan media yang dimuat naik di Facebook, FAM mengesahkan Arif Aiman yang merupakan pemain Johor Darul Ta’zim dikenakan hukuman penggantungan tiga perlawanan.

Kesalahan Arif Aiman melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM

Hukuman yang dikenakan kepada  Arif Aiman membabitkan perlawanan pertama dan kedua Pusingan 16 Unifi Piala Malaysia 2024-2025 menentang Kuala Lumpur Rovers FC pada 20 dan 30 November 2024.

Arif Aiman juga akan menjalani hukuman tersebut bagi perlawanan Liga Super 2024-2025 menentang Kuala Lumpur City FC pada 8 Disember 2024.

“Kesalahan melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM iaitu kelakuan yang menyinggung dan fair play.

“Akibat daripada tindakannya menumbuk di bahagian muka sebelah kiri pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada pada perlawanan tersebut.

“Pemain ini juga adalah diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu,” kata FAM lagi.

Tommy Mawat dikenakan hukuman yang sama

Dalam pada itu, Tommy Mawat yang mewakili Perak FC turut dikenakan hukuman penggantungan tiga perlawanan yang sama.

Difahamkan, hukuman ini melibatkan perlawanan pertama dan kedua Pusingan 16 Unifi Piala Malaysia 2024-2025 menentang Kelantan Darul Naim FC pada 22 dan 30 November 2024.

Selain itu, Tommy juga perlu menjalani hukuman berkenaan bagi perlawanan Liga Super 2024-2025 menentang Kedah Darul Aman FC pada 4 Disember 2024.

“Kesalahan, melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM iaitu kelakuan yang menyinggung dan fair play, akibat daripada tindakannya menanduk kepala.

“Seterusnya mencengkam leher sebelah kiri pemain Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman Mohd Hanapi pada perlawanan tersebut.

“Pemain ini juga adalah diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu,” kata FAM lagi,

Bagaimanapun, tarikh-tarikh yang dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada sebarang pindaan jadual perlawanan.

BACA: Anak Panjang Akal, Ibu Terkedu Tengok Bawang Berendam ‘Elok’ Dalam Mesin Basuh

https://www.facebook.com/FAMalaysiaOfficial/posts/pfbid02eHvyDyp4H8p9W8iueToSAZhy3u5HXJRZyCwvRDMKV6mWm2ozxwdnJatHu5B4ppGzl

Sumber: Football Association of Malaysia via Facebook

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.