Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Bernama

Mangsa Dirempuh Kereta Api Hantar Anak Ke Sekolah Berjalan Kaki Setiap Hari

Azizah Najib

Mangsa Dirempuh Kereta Api Hantar Anak Ke Sekolah Berjalan Kaki Setiap Hari

PUTATAN, 19 November (Bernama) — Mangsa yang maut dirempuh kereta api Allahyarhamah Lena Gabin menghantar anaknya ke sekolah setiap hari dengan berjalan kaki dari kediamannya di Kampung Muhibbah, Petagas.

Adnan Mohd Said, 47, yang juga sepupu kepada suami Allahyarhamah berkata setiap hari Lena akan lalu di hadapan rumahnya dan kali terakhir melihat mangsa pada pagi tadi.

Beliau berkata mereka sekeluarga menerima berita kejadian itu melalui aplikasi Whatsapp keluarga kira-kira 1.30 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi nahas yang tidak jauh dari rumahnya.

BACA: Wanita Maut, Anak Cedera Parah Dirempuh Kereta Api

“Allahyarhamah hari-hari lalu depan rumah saya dan tengah hari tadi kami menerima berita menyedihkan. Anak bongsunya juga cedera dalam kejadian itu dan sudah dibawa ke hospital.

“Allahyarhamah yang juga seorang mualaf dan suri rumah mempunyai empat orang anak,” katanya kepada pemberita di Kampung Petagas di sini hari ini.

Dalam kejadian tengah hari tadi mangsa maut di tempat kejadian manakala anak lelakinya berusia 11 tahun cedera parah selepas dirempuh kereta api dari Putatan menghala ke Kota Kinabalu ketika melintas landasan di hadapan Kampung Petagas di sini.

BACA: Peniaga Didakwa Pandu Kereta Laju, Sebabkan Kematian Kanak-Kanak Perempuan

Sementara itu, Naib Presiden I Ahli Majlis Penasihat Pengguna Negara Hashima Hasbullah Hashim yang berada di lokasi kejadian hanya menyedari kemalangan itu berlaku apabila kereta api berkenaan berhenti secara tiba-tiba.

Hashima berkata kebetulan beliau dalam perjalanan untuk mengambil anaknya pulang dari sekolah.

Beliau berkata tiada bunyi hon daripada kereta api ketika kejadian dan beliau bersama orang ramai turut membantu kanak-kanak itu sementara menanti ketibaan ambulans.

BACA: “Ibuku Classmatesku..”, Dua Beranak Terima Ijazah Raih Perhatian Ramai

Sumber: Bernama