Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pelajar Tingkatan Dua Maut Dipercayai Terjatuh Tingkat Lapan Bangunan Sekolah
GEORGE TOWN, 19 Nov (Bernama) — Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 5.57 petang daripada pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP).
“Siasatan polis di tempat kejadian dan pemeriksaan terhadap badan si mati mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis akan melakukan siasatan lanjut.
Abdul Rozak menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kes itu sehingga boleh menjejaskan siasatan dan tidak menularkan gambar atau video berkaitan tempat kejadian bagi menghormati waris si mati.
BACA: Ramai Tak Tahu Kotak Pizza Berminyak Tidak Boleh Dikitar Semula, Ini Sebabnya
BACA: 8 Punca Kereta Rasa Semput Bila Tekan Minyak, No.3 Mungkin Ada Yang Perasan
Sumber: Bernama