Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
bms 2024 sspn
Sumber : BERNAMA
Tiada Kategori

PTPTN Catat Kejayaan BMS 2024 Kutipan Simpan SSPN Lebih 250 Juta

Nurul Naqiyah

PTPTN Catat Kejayaan BMS 2024 Kutipan Simpan SSPN Lebih 250 Juta

1. Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024 anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berlangsung mulai 26 September hingga 31 Oktober 2024 telah mencatat kejayaan dengan terimaan deposit Simpan SSPN berjumlah RM256.18 juta atau 116.45% berbanding sasaran awal sebanyak RM220 juta. Pencapaian ini mencerminkan kesedaran yang semakin tinggi dalam kalangan masyarakat Malaysia mengenai kepentingan membuat penabungan demi masa depan pendidikan tinggi anak anak.

2. BMS merupakan inisiatif pemerkasaan penabungan yang dipelopori oleh PTPTN sejak tahun 2018 bertujuan untuk memastikan setiap ibu bapa menjadi adiwira atau superhero kepada anak-anak dengan mempunyai perancangan kewangan. Tahun 2024 merupakan tahun ketujuh penganjuran BMS bersempena Hari Tabungan Sedunia yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun. Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diadakan yang disertai oleh ibu bapa dan anak-anak dari pelbagai lapisan masyarakat.

3. Pengerusi PTPTN, Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim berkata, “Penganjuran BMS 2024 ini jelas menunjukkan bahawa PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa komited dalam usaha memacu perancangan kewangan jangka panjang untuk tujuan pendidikan tinggi. Berdasarkan kejayaan kutipan deposit Simpan SSPN melalui BMS 2024 yang melebihi sasaran, jelas menunjukkan bahawa setiap usaha dan strategi yang dirangka mendapat sokongan padu masyarakat Malaysia. Hal ini membuktikan ibu bapa semakin cakna dengan pengurusan kewangan untuk pendidikan tinggi anak-anak dalam melahirkan generasi modal insan yang berkualiti tinggi.”

4. “Saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh masyarakat Malaysia di atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan dalam membudayakan sikap menabung dengan memilih Simpan SSPN sebagai instrumen tabungan terbaik. PTPTN akan terus komited meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menabung di dalam Simpan SSPN bagi memastikan akses kepada pendidikan tinggi terjamin sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman pendidikan,” tambah beliau lagi.

5. Simpan SSPN merupakan produk simpanan PTPTN yang menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat. Antaranya ialah pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, kadar dividen yang kompetitif, simpanan dijamin Kerajaan dan patuh syariah.