Siakap Keli
junaida ditemui selamat
Gambar: Polis

Hilang Sejak Jumaat Lepas, Junaida Ditemui Selamat Di Kuantan

Hilang Sejak Jumaat Lepas, Junaida Ditemui Selamat Di Kuantan

SHAH ALAM — Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lepas ditemui dalam keadaan selamat di Kuantan, Pahang, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, penemuan Junaida Abdul Rahim, 42, itu dimaklumkan sendiri oleh ahli keluarga.

“Kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi (Rabu) ahli keluarga maklum dia (Junaida) berada di Kuantan.

“Hari ini (Rabu) dia akan balik ke Shah Alam untuk berjumpa pegawai penyiasat untuk diambil keterangan,” ujarnya.

Semalam, polis menerima laporan berhubung kehilangan wanita itu yang juga pemilik sebuah agensi takaful di Subang Jaya oleh kakak kandungnya.

Hasil siasatan awal mendapati, Junaida telah keluar dari rumah di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam, Selangor pada Jumaat lepas sekitar jam 11 pagi.

“Wanita yang masih bujang itu keluar ke tempat kerja namun gagal dihubungi sebelum kenderaan dinaiki jenis Mitsubishi Triton dijumpai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada Selasa,” katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian 

BACA: Wanita Maut, Anak Cedera Parah Dirempuh Kereta Api

BACA: 10 Bayi Baru Lahir Maut Dalam Kebakaran Di Hospital

BACA: Satu Lagi Negeri Dijangka Alami Hujan Berterusan ‘Tahap Buruk’

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.