Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
negeri hujan tahap buruk
Gambar: Bernama
Tiada Kategori

Satu Lagi Negeri Dijangka Alami Hujan Berterusan ‘Tahap Buruk’

Iqbal Yasir

Satu Lagi Negeri Dijangka Alami Hujan Berterusan ‘Tahap Buruk’

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk terhadap satu lagi negeri selepas Pahang dan Johor hingga 23 November ini.

Menurut METMalaysia dalam kenyataan tersebut, satu lagi negeri yang diramal mengalami hujan tahap buruk itu adalah keseluruhan negeri Terengganu.

Perkara ini menjadikan tiga negeri dikategorikan dalam amaran hujan berterusan pada tahap buruk hingga Sabtu ini.

“Di Pahang, ia melibatkan daerah Kuantan, Pekan dan Rompin. Manakala di Johor pula melibatkan daerah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi,” maklumnya

Sebelum ini, negeri Terengganu hanya dikategorikan dalam amaran hujan berterusan Tahap Waspada.

Sementara itu, amaran hujan berterusan Tahap Waspada juga dikeluarkan oleh METMalaysia di beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang hingga Sabtu ini.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan melibatkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

“Di Pahang pula melibatkan daerah Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera,” maklum kenyataan tersebut.

Manakala beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Johor dan seluruh Melaka pula diramal mengalami hujan berterusan Tahap Waspada hingga 20 November (Rabu).

“Selain itu, di Negeri Sembilan termasuk tiga daerah iaitu Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

“Manakala di Johor melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Jabatan Meteorologi Keluarkan Nasihat Taufan ‘Man-Yi’

BACA: Rupanya Ini Kos Anggaran Jika Nak Buka Cawangan MIXUE

BACA: Ini Cara Kemas Kini STR 2025 Secara “Online”