Ini Cara Kemas Kini STR 2025 Secara “Online”
Seperti umum mengetahui, permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 telah dibuka kepada orang ramai.
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2025 mengumumkan kenaikan peruntukan STR sebanyak RM13 bilion ketimbang RM10 bilion pada tahun lalu.
Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan kepada lebih 9 juta penerima yang terkesan akibat inflasi dan cabaran ekonomi semasa.
Sehubungan itu, mereka yang layak menerima bantuan ini perlu mengemaskini permohonan untuk mengelakkan daripada keciciran.
Difahamkan, kemas kini maklumat permohonan STR 2025 telah dibuka bermula 19 Oktober 2024 hingga 31 November 2024 ini.
Penerima perlu mengemas kini data STR sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun bagi mengelakkan permohonan STR anda tidak lulus.
Sehubungan itu, SK hari ini akan kongsikan langkah mengemas kini STR 2025 di bawah.
Cara Kemas Kini STR 2025
Sesiapa yang belum pernah mengemas kini maklumat peribadi akaun STR, terdapat dua cara yang anda boleh lakukan, iaitu hadir secara fizikal (walk-in) atau secara atas talian.
Bagi yang memilih untuk kemas kini maklumat secara manual, anda perlu menghadirkan diri ke kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pejabat Satelit (PS) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berdekatan.
Permohonan secara atas talian
Secara atas talian (online) pula, anda boleh terus masuk ke laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
Langkah pertama, anda hanya perlu log masuk melalui laman rasmi STR 2024 di https://bantuantunai.hasil.gov.my/, untuk Log Masuk atau dan pilih Permohonan Baharu STR (mereka yang belum mempunyai akaun).

Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan (IC) dan pilih Semak atau masukkan No. IC berserta kata laluan.

Pilih Kemas Kini Permohonan untuk mengemas kini Maklumat Pemohon, Pasangan Anak & Waris.

Pastikan anda turut mengirim Dokumen Sokongan sebagai bukti kemas kini.
Setelah memastikan semua maklumat adalah benar, pengesahan Kod CAPTCHA akan dipaparkan. Pilih Teruskan untuk membuat pengesahan.

Seterusnya, pilih hantar dan permohonan kemas kini yang berjaya dihantar akan terpapar di skrin anda.


Anda boleh membuat salinan permohonan bagi pemohon baru, begitu juga menyimpan maklumat kemas kini yang telah dibuat oleh pemohon semasa.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)