Utama

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Kemas Kini SARA 2026: 15 Kategori & Jenama Barangan Yang Boleh Dibeli Pengguna
Pada Isnin lalu, Kerajaan bersetuju memperluaskan kategori barangan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk Semua merangkumi makanan sejuk beku selain barangan asas.
Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ujar Anwar, barangan sejuk beku juga ditambah dalam kategori barangan asas susulan atas permintaan orang ramai.
Sehubungan itu, SK akan kongsikan senarai kemas kini kategori barangan SARA di bawah;
Berdasarkan portal Sumbangan Asas Rahmah (SARA), terdapat 15 kategori barangan yang tersenarai.
Berikut senarai dan jenis jenama yang boleh dibeli pengguna;
1. Beras -Jasmine, Jati, Saga, Bernas, Faiza, Cap Rambutan, Cap Gajah, Cap Masjid
2. Roti - (Gardenia, Massimo, Mighty White)
3. Telur - (CP, NutriPlus, QL Eggs)
4. Minyak Masak - (Alif, Knife, Saji, Daisy, Seri Murni, Buruh, Vesawit)
5. Tepung - (Blue Key, Cap Sauh, Faiza, MFM, Cap Ros)
6. Biskut - (Munchy’s, Tiger, Chipsmore, Hwa Tai, Julie’s, KERK, Kraft Foods, Jacob’s, Hup Seng)
7. Mi Segera - (Indomie, Maggi, Mamee, Mi Sedaap, Cintan)
8. Minuman - (Dutch Lady, MILO, BOH, Nescafé, F&N, Fernleaf, Marigold, Horlicks, Quaker)
9. Makanan Dalam Tin - (TC Boy, Ayam Brand, Adabi, Yeo’s, Kimball, King Cup)
10. Bahan Perasa - (Puteri, Kimball, Maggi, Tamin, Adabi, Faiza, Planta, Life, Jalen, CSR, Babas, Mak Siti)
11. Produk Kebersihan Diri - (Colgate, Dettol, Kotex)
12. Ubat-Ubatan (OTC) - (Prospan, Hurix’s, Strepsils, Sterimar, Panadol, Difflam)
13. Barangan Persekolahan - (Stabilo, Faber-Castell, Staedtler, Bata, Campap, Canggih)
14. Barangan Kebersihan Rumah - ( Sabun dan serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan, pencuci lantai)
Makanan Sejuk Beku (kategori baharu) - Ayam sejuk beku, nugget, sosej, bebola ikan, bebola ayam, produk sejuk beku berlabel makanan asas yang diluluskan.

Selain jenama yang disenaraikan di atas, anda boleh mencari label MyKasih atau SARA pada rak sebelum membeli produk yang diinginkan atau menyemak barangan menerusi aplikasi MyKasih.
Kesemua barangan ini boleh dibeli di pasar raya dan kedai terpilih seperti Mydin, Lotus’s, Econsave, TF Value Mart, 99 Speedmart (terpilih), Billion dan Giant.
Selamat berbelanja dan semoga bermanfaat.