Siakap Keli
majlis kebudayaan negara

MOTAC Lantik 11 Orang Anggotai Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN) Sesi 2025-2027

MOTAC Lantik 11 Orang Anggotai Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN) Sesi 2025-2027

21 November 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah melantik seramai 11 individu untuk menggangotai Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN) bagi sesi 2025-2027. Mereka terdiri daripada kalangan ilmuan, budayawan, penggiat dan  pentadbir seni budaya yang berpengalaman luas yang telah  menunjukkan ketokohan besar dalam menerajui bidang seni, budaya dan warisan negara.  

MAKEN merupakan badan bebas yang berperanan untuk memberi khidmat nasihat, pandangan dan cadangan kepada Kerajaan berhubung dengan pembangunan, kemajuan serta pemerkasaan  dasar berkaitan hal ehwal seni, budaya dan warisan. Majlis ini  diwujudkan sebagai platform tertinggi bagi membincangkan isu-isu  dan memperkasakan aspek pengurusan sektor kebudayaan dan  kesenian negara.

majlis kebudayaan negara

Antara fungsi-fungsi MAKEN adalah: 

  • memberi khidmat nasihat secara perundingan dan  perbincangan bersama MOTAC berkenaan kebudayaan  termasuk perkembangannya di peringkat antarabangsa; 
  • mengemukakan pandangan dalam urusan penambahbaikan  berhubung pelaksanaan program kebudayaan agar selari  dengan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN); dan 
  • memberi cadangan dan syor berkenaan idea baharu  berhubung hala tuju sektor kebudayaan. 

majlis kebudayaan negara

MAKEN diharap dapat membantu Kerajaan dalam menambah baik  aspek pengurusan, tadbir urus dan penetapan kandungan kebudayaan yang juga melibatkan industri kreatif negara. Majlis  Penyampaian Pelantikan Watikah telah disempurnakan oleh YBhg.  Datuk Wira Roslan bin Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian  Pelancongan, Seni dan Budaya di Hotel Royale Chulan, Kuala  Lumpur. 

Harapan Kementerian, ahli-ahli MAKEN yang dilantik dapat  membantu mengemukakan pandangan yang selari dengan DAKEN  2021 ke arah merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai  sebuah “Negara Maju Rakyat Berbudaya” serta dapat melestarikan  agenda pemeliharaan, pemuliharaan dan perlindungan seni,  budaya dan warisan negara.

SENARAI AHLI MAJLIS KEBUDAYAAN NEGARA (MAKEN) SESI 2025-2027 

1. YBhg. Tan Sri Hajah Norliza Rofli (Pengerusi) 

2. YBrs. Cik Low Ngai Yuen (Timbalan Pengerusi) 

3. YBhg. Datuk Dr. Lim Swee Tin  

4. YBhg. Dato’ Goh Hin San 

5. YBrs. Prof. Dr. Solehah binti Ishak  

6. YBrs. Encik Jared bin Abdul Rahman  

7. YBrs. Dr. Juli a/l Edo  

8. YBrs. Encik Nik Mohd Faiz bin Nik Mohamed Amin 

9. YBrs. Encik Prof. Madya Dr. Chang Peng Kee 

10. Ybhg. Datu Dr. Rashidah binti Bolhassan 

11. YBhg. Datu Ik Pahon Joyik 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.