Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Pegawai Kadet UPNM
Kredit: Bernama

Pegawai Kadet UPNM Didakwa Cederakan Junior, Pijak Perut Dengan Spike Boot

Athirah

Pegawai Kadet UPNM Didakwa Cederakan Junior, Pijak Perut Dengan Spike Boot

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) — Seorang pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan juniornya dengan cara memijak perut mangsa dengan spike boot, bulan lepas.

Tertuduh, 22, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Haziq Iqbal Ahmad Rashidi, 19, apabila memijak perut mangsa semasa berada di padang kawad akademi berkenaan di UPNM, Kem Sungai Besi, Cheras di sini pada 10.45 malam, 21 Okt.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, tertuduh menjawab: “Faham puan, tidak (mengaku salah) puan”.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak mendekati pengadu, mangsa dan saksi-saksi pendakwaan yang terdiri daripada pegawai dan jurulatih UPNM serta rakan pelatih kadet tertuduh.

Bagaimanapun peguam Nurul Diyana Basher dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya sudah tamat belajar, namun masih lagi menjalani latihan ketenteraan.

“Pihak kami (pembelaan) tidak membantah syarat tambahan yang dikemukakan pendakwaan, bagaimanapun syarat ketat akan memberi kesan kepada anak guam saya sepanjang tempoh latihan,” kata peguam itu.

Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 10 Feb depan untuk serahan dokumen.

Prosiding hari ini turut dihadiri ahli keluarga tertuduh.

Terdahulu tertuduh yang memakai kemeja putih lengan panjang dan berjaket hitam tiba di mahkamah pada 9.20 pagi diiringi beberapa anggota polis.

Pada 10 Nov lepas, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataan memaklumkan mangsa berusia 19 tahun mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang selepas dicederakan seorang penuntut senior tahun tiga.

BACA: Amerika Syarikat Tolak Waran Tangkap ICC Ke Atas Netanyahu, Gallant

Sumber:

Bernama