Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
amerika tolak waran tangkap
Gambar: AFP

Amerika Syarikat Tolak Waran Tangkap ICC Ke Atas Netanyahu, Gallant

Athirah

Amerika Syarikat Tolak Waran Tangkap ICC Ke Atas Netanyahu, Gallant

Amerika Syarikat menolak sepenuhnya waran tangkap ke atas pemimpin Israel yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Semalam, ICC mengeluarkan waran tangkap itu ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoavi Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.

“Kami kekal bimbang dengan tindakan tergesa-gesa Pendakwa Raya untuk mendapatkan waran tangkap dan kesilapan proses yang membawa kepada keputusan ini.

Amerika tolak waran tangkap ICC ke atas Netanyahu, Gallant

“Amerika Syarikat sangat jelas bahawa ICC tidak mempunyai bidang kuasa dalam perkara tersebut,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara.

ICC yang berpangkalan di Hague, Belanda pada Khamis telah mengeluarkan tangkap ke atas Netanyahu dan Gallant di atas dakwaan jenayah perang di Gaza yang berlaku sekurang-kurangnya dari 8 Oktober 2023 sehingga 20 Mei 2024.

Menurut AFP, waran tangkap turut dikeluarkan kepada Ketua Sayap Ketenteraan Hamas, Mohammed Deif.

Israel mendakwa Deif terbunuh dalam serangan udaranya pada Julai lepas. Bagaimanapun, Hamas tidak mengeluarkan sebarang pengesahan ke atas dakwaan berkenaan.

Negara anggota ICC bertanggungjawab laksana waran tangkap

ICC mempunyai 124 negara anggota yang secara teorinya bertanggungjawab menangkap mana-mana individu yang dikenakan waran tangkap apabila berada di wilayah mereka.

Manakala Amerika Syarikat pula bukan sebahagian daripada negara anggota mahkamah tersebut dan menolak sepenuhnya waran tangkap yang dikeluarkan.

BACA: Pemain Gitar Kumpulan Spider, Napie Meninggal Dunia

Sumber: AFP