Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Niat Nak Tangkap Gambar Bulan, Individu ‘Tersnap’ Sosok Putih Yang Memerhati

Niat nak tangkap gambar bulan
Kredit: Threads @anisothman__

Niat Nak Tangkap Gambar Bulan, Individu ‘Tersnap’ Sosok Putih Yang Memerhati

Pernahkah terbayang jika sesuatu yang tidak sepatutnya berada dalam pandangan tiba-tiba muncul di depan mata?

Lebih-lebih lagi apabila kelibat misteri yang sukar dijelaskan muncul ketika kita sedang melakukan perkara biasa.

Dunia yang kita diami bukan sahaja dihuni manusia, malah turut menyimpan pelbagai kisah mengenai kewujudan makhluk atau sosok yang masih menjadi tanda tanya.

Ada yang mendakwa pernah melihat kelibat tertentu di lokasi sunyi seperti kawasan hutan, bangunan lama, jalan terpencil mahupun tempat yang jarang dikunjungi.

Bagi sesetengah orang, pengalaman berdepan dengan perkara sebegini pastinya mampu membuatkan bulu roma meremang, apatah lagi jika ia berlaku secara tidak sengaja dan hanya disedari selepas melihat semula rakaman atau gambar yang diambil.

Niat nak tangkap gambar bulan tapi terselit sosok putih

Kredit: Threads @anisothman__

Baru-baru ini, satu perkongsian pengguna Threads, @anisothman__, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah misteri yang didakwa berlaku kepada adiknya bersama seorang rakan.

Menerusi hantaran tersebut, rakan kepada adiknya dikatakan ternampak satu kelibat ketika sedang membuat kopi di dapur sekitar jam 1 pagi.

Kelibat berkenaan didakwa melintas di hadapan tingkap sebelum dia terus menghentikan aktivitinya dan masuk ke dalam bilik kerana berasa takut.

Tidak lama selepas itu, individu terbabit dikatakan menghubungi adiknya yang ketika itu sedang berada di luar rumah.

Pada awalnya, adiknya cuba memberanikan diri untuk pulang seperti biasa, namun perasaan mula berubah apabila melalui kawasan berhampiran tanah perkuburan sebelum memasuki Taman Jasa.

Lebih mendebarkan, ketika panggilan telefon menggunakan pembesar suara, mereka mendakwa terdengar bunyi suara mengilai, menyebabkan adiknya mengambil keputusan menukar laluan dan pulang melalui Taman Damai.

Sebelum masuk ke rumah, adiknya sempat merakam gambar bulan yang kelihatan di langit.

Namun, apabila gambar itu diperiksa semula, dia mendakwa terlihat satu sosok putih yang seolah-olah sudah memerhatikannya sejak awal.

"Hampir demam lepas tengok..."

Kredit: Threads @anisothman__

"Nak tangkap gambar bulan, rupa-rupanya ada yang tengah tengok," ujarnya.

Gambar berkenaan mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai

Walaupun kesahihan kejadian tersebut tidak dapat dipastikan, perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya tertanya-tanya mengenai sosok yang muncul dalam gambar berkenaan.

"Akak jangan macam-macam, kita satu taman je tau," komen seorang pengguna.

"Menyesal saya zoom, seramnya," tulis seorang lagi.

"Sebab itu kalau bulan macam ini atau bulan merah, saya tak berani tengok lama-lama atau tegur. Takut jadi macam ini," komen seorang netizen.

Intipati
  • Pengguna Threads @anisothman__ berkongsi kisah misteri didakwa dialami adiknya dan seorang rakan.
  • Rakan adiknya didakwa ternampak kelibat melintas di hadapan tingkap dapur sekitar jam 1 pagi.
  • Gambar bulan yang dirakam kemudian didakwa menunjukkan sosok putih seolah-olah sedang memerhati.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan