Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Kongsi Momen Dapat Kereta Idaman, Tapi Ada 'Plot Twist' Yang Buat Ramai Ketawa

Momen kereta idaman
Kredit: Threads @syafiraslmt

Wanita Kongsi Momen Dapat Kereta Idaman, Tapi Ada 'Plot Twist' Yang Buat Ramai Ketawa

Bila sebut tentang kereta idaman, ramai pasti membayangkan sebuah kenderaan yang bukan sahaja selesa dipandu, malah mampu menjadi simbol kejayaan hasil penat lelah selama bertahun-tahun.

Bagi sesetengah individu, memiliki kereta mewah menjadi satu impian besar yang disimpan sejak lama.

Tidak hairanlah apabila ada yang menganggap ia sebagai tanda bahawa segala usaha dan pengorbanan selama ini akhirnya berbaloi.

Namun, tidak semua orang meraikan impian tersebut dengan cara yang biasa.

Ada juga yang memilih untuk berkongsi momen itu dengan cara unik dan menghiburkan hingga berjaya menarik perhatian ramai.

Momen kereta idaman curi perhatian

Baru-baru ini, perkongsian oleh salah seorang pengguna Threads @syafiraslmt mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian video tersebut, wanita berkenaan meluahkan rasa syukur selepas mendakwa hasil usaha kerasnya selama ini akhirnya membuahkan hasil sehingga berjaya memiliki kereta idaman yang sering dikaitkan dengan golongan berada, iaitu Lexus.

“Alhamdulillah, hasil kerja keras aku selama ni, muda-muda lagi dah dapat kereta idaman para kayangan,” katanya.

Namun, perkara yang mencuri perhatian ramai adalah apabila rakaman tersebut tidak seperti yang disangka.

Wanita itu menunjukkan bahagian interior keretanya, termasuk kawasan stereng yang kebiasaannya memaparkan logo jenama kenderaan.

Kredit: Threads @syafiraslmt

Menariknya, bukannya logo Lexus sebenar yang kelihatan, dia sebaliknya meletakkan sebungkus biskut berjenama Lexus di tengah stereng tersebut, sekali gus mencetuskan reaksi terhibur dalam kalangan pengguna media sosial.

Aksi bersahaja itu jelas menunjukkan perkongsian tersebut sekadar gurauan kreatif, namun berjaya mengundang senyuman ramai yang terhibur dengan cara uniknya.

Netizen Pun ‘Masuk Line’

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut tidak ketinggalan menyertai gurauan tersebut dengan berkongsi gambar “kereta idaman” versi masing-masing.

Ada yang memuat naik gambar kreatif dan mencuit hati, sekali gus menjadikan ruangan komen semakin meriah dengan pelbagai idea serta jenaka daripada pengguna media sosial.

Kredit: Threads @syafiraslmt
Kredit: Threads @syafiraslmt
Kredit: Threads @syafiraslmt
Kredit: Threads @syafiraslmt

Intipati
  • Seorang wanita di Threads mendakwa memiliki kereta idaman Lexus hasil usaha kerasnya.
  • Rakaman kemudian menunjukkan biskut Lexus diletakkan pada stereng, menjadikan perkongsian itu gurauan.
  • Netizen turut membalas dengan gambar kereta idaman versi masing-masing di ruangan komen.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan