Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Siap Angkut Beg, Gelagat Atok 'Lari Rumah' Buat Ramai Terhibur
Hubungan antara datuk dan cucu sering dianggap antara ikatan yang paling istimewa dalam sesebuah keluarga.
Ada masanya mereka bergurau, saling mengusik dan menghabiskan masa bersama sehingga tercipta pelbagai kenangan yang sukar dilupakan.
Kadang-kadang, perangai datuk yang nampak serius pun boleh berubah apabila bersama cucu.
Ada sahaja idea atau aksi nakal yang membuat suasana rumah lebih hidup, sehingga orang sekeliling pun tidak kering gusi melihat gelagat mereka.
Tidak hairanlah, video atau kisah yang memaparkan momen manis antara datuk dan cucu sering mendapat perhatian ramai di media sosial.
Selain menghiburkan, ia turut mengingatkan kita bahawa kebahagiaan dalam sesebuah keluarga tidak semestinya datang daripada perkara yang besar, sebaliknya cukup dengan gelak tawa dan kasih sayang yang dikongsi setiap hari.
Baru-baru ini, satu perkongsian di platform Threads oleh pengguna @miainas mencuri perhatian ramai.
Semuanya bermula apabila individu berkenaan berkongsi rakaman CCTV yang memaparkan gelagat spontan datuknya sehingga mengundang pelbagai reaksi dan mencuit hati warganet.
Menerusi video tersebut, datuknya dilihat 'melarikan diri' dari rumah dengan tenang sambil membawa beg pakaian, sebelum terus menuju ke rumah cucunya, sekali gus membuatkan ramai terhibur dengan aksi tidak disangka itu.



Dalam kapsyen yang dikongsikan, cucunya berseloroh bahawa datuknya datang dengan beg penuh baju dan hanya mahu 'release tension' dengan mengajaknya makan di kedai mamak.

Perkongsian ringkas itu bukan sahaja mencuit hati, malah menyerlahkan keakraban hubungan datuk dan cucu yang penuh dengan momen santai dan menghiburkan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak kering gusi melihat gelagat selamba datuknya, malah ada yang berseloroh seolah-olah aksi 'lari rumah' itu bukan kali pertama dilakukannya.
"Terus bukak pagar pulak tu, macam dah biasa buat je," seloroh netizen.
"Macam bukan kali pertama buat, semoga panjang umur tok," seloroh seorang lagi.
Namun, di sebalik gelagat mencuit hati itu, ada juga dalam kalangan netizen yang meluahkan rasa sebak dan rindu terhadap atuk masing-masing yang telah pergi menghadap Ilahi.
Perkongsian tersebut secara tidak langsung mengimbau kenangan lama bersama datuk yang pernah mewarnai kehidupan mereka.
“Teringat arwah atuk saya. Suka datang pagi-pagi sebab nak breakfast sama-sama. Al-Fatihah,” komen seorang warga maya.
“Rindunya arwah atok, saya memang duduk dengan atok. Bila cuti je, atok mesti belikan roti canai,” kongsi seorang lagi netizen.