Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Mat Saleh Akui 'Silap' Letak Malaysia Paling Akhir
Dalam dunia yang semakin mudah dihubungkan melalui penerbangan dan teknologi digital, perjalanan ke luar negara bukan lagi sesuatu yang luar biasa.
Ramai memilih untuk meneroka pelbagai destinasi bagi menikmati pengalaman baharu, mengenali budaya berbeza dan melihat sendiri keunikan setiap negara yang dikunjungi.
Namun di sebalik keseronokan mengembara ke tempat-tempat menarik di seluruh dunia, ada kalanya seseorang mula menyedari bahawa sesebuah tempat mempunyai nilai yang sukar digantikan.
Perasaan itu sering hadir secara tidak dijangka, sama ada ketika menikmati pemandangan indah, mencuba makanan tempatan atau sekadar berehat selepas hari yang panjang.
Bagi sesetengah individu, kerinduan terhadap sebuah negara bukan hanya tentang lokasi atau bangunannya semata-mata.
Sebaliknya, ia berkait rapat dengan suasana, makanan, rutin harian dan kenangan yang menjadikan sesuatu tempat terasa begitu dekat di hati walaupun berada ribuan kilometer jauhnya.
Setiap destinasi yang dikunjungi menawarkan keunikan tersendiri, daripada budaya dan makanan sehinggalah kepada pemandangan yang sukar dilupakan.
Namun bagi sesetengah pengembara, semakin jauh mereka melangkah, semakin jelas mereka menyedari tempat yang paling dirindui.
Menerusi perkongsiannya di Tiktok @random.4.you atau lebih dikenali sebagai Mr.T memaklumkan bahawa dia telah pergi kepelbagai negara namun, Malaysia sentiasa menjadi destinasi pilihannya.
Walaupun mengakui setiap lokasi yang dikunjungi mempunyai daya tarikannya sendiri, beliau berkata ada satu negara yang sering muncul dalam fikirannya iaitu Malaysia.
Menurutnya, Amsterdam dan juga Bangkok memberikan pengalaman yang cukup mengagumkan dan menyeronokkan. Namun dia memilih untuk tidak terlalu berkongsi di media sosial kerana mahu menikmati pengalaman secara peribadi.

Selepas Thailand, dia merancang untuk meneruskan perjalanan ke Bali, Indonesia.
Ketika berehat di Bangkok pada suatu pagi sebelum memulakan aktiviti harian, dia tiba-tiba terfikir tentang negara yang pernah menjadi tempat tinggal dan lokasi yang sering dikunjunginya sebelum ini.
“Saya tertanya-tanya, bila saya akan kembali ke Malaysia?” katanya.


“Saya baru sahaja terfikir ketika saya bangun tidur tadi, alangkah baiknya jika saya berada di Malaysia," ujarnya.
Apa yang paling dirinduinya bukanlah sekadar lokasi atau pemandangan, sebaliknya perkara-perkara sederhana yang menjadi sebahagian daripada kehidupan harian.

Dia membayangkan dirinya berjalan ke restoran mamak, menikmati segelas teh tarik dan merasai semula suasana yang membuatkan dirinya berasa tenang.
Selain itu, dia turut mengakui merindui nasi lemak, makanan ikonik yang sering menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia.
Walaupun menikmati masa yang baik di Bangkok dengan lokasi penginapan yang selesa, kerinduan terhadap Malaysia tetap sukar dielakkan.

Mengakhiri perkongsiannya, dia menyifatkan Malaysia sebagai destinasi yang paling dinantikan dalam keseluruhan pengembaraannya dan berharap dapat kembali ke negara itu dalam masa terdekat.
“Tetapi destinasi utama saya adalah Kuala Lumpur, Malaysia. Saya sangat teruja dan berharap anda semua berada dalam keadaan baik," katanya.
Tidak dinafikan kedai mamak, nasi lemak, teh tarik, budaya keluar makan lewat malam dan suasana santai rakyat Malaysia mungkin nampak biasa bagi kita.
Tetapi bagi orang luar, itulah antara perkara yang membuatkan mereka jatuh cinta dengan Malaysia.