Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Jangan risau, takkan sakit..", Netizen Pula Dah Berdekah

Jangan risau
Kredit: Threads @nrlnjhaaaaa

"Jangan risau, takkan sakit..", Netizen Pula Dah Berdekah

Jika sekolah penuh dengan ragam anak-anak murid, klinik atau hospital pula penuh dengan ragam pesakit.

Bila tiba sahaja hari temu janji, sudah tentu ada diantara kita yang sudah berdegup kencang jantung, walaupun kaki belum menjejakkan ke dalam ruangan konkrit itu.

Misalnya, di klinik gigi, suasana juga tak kurang 'kecohnya'. Ada saja pelbagai reaksi spontan di sini hingga menghiburkan orang ramai.

Di sebalik gelak tawa tersebut, terselit juga teladan dan pengajaran dalam penjagaan gigi.

"Jangan risau, takkan sakit.."

Baru-baru ini, perkongsian oleh seorang pengguna Threads @nrlnjhaaaaa, mencuri perhatian dan buah bulut netizen.

Segalanya bermula apabila individu berkenaan memuat naik gambar dirinya mendapatkan rawatan pergigian.

Doktor gigi: “Jangan risau, takkan sakit.”

Me: 😭

Namun apa yang lebih menghiburkan, perkongsian berkenaan dibanjiri dengan pelbagai reaksi lucu daripada netizen.

Kredit: Threads @nrlnjhaaaaa

"Dah macam pari derhaka..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen nyata terhibur dengan perkongsian tersebut sehingga masing-masing meninggalkan reaksi yang mencuit hati.

Ada juga yang mengaitkan situasi itu dengan kisah 'pari derhaka' yang pernah tular di media sosial sebelum ini, sebuah cerita viral yang menggambarkan kononnya sesiapa yang dikatakan anak derhaka akan disumpah menjadi ikan pari.

Kredit: Threads @nrlnjhaaaaa
Kredit: Threads @nrlnjhaaaaa

Apa yang lebih mencuit hati, wanita tersebut sendiri turut mengakui bahawa situasi itu memang mengingatkan dirinya kepada 'ikan pari derhaka' yang pernah tular sebelum ini.

Kredit: Threads @nrlnjhaaaaa
Kredit: Threads @nrlnjhaaaaa
Kredit: Threads @nrlnjhaaaaa

Reaksi spontan itu sekali gus menambahkan lagi elemen humor dalam perkongsian berkenaan, apabila pengakuan tersebut bukan sahaja mencuit hati, malah membuatkan suasana menjadi lebih santai dan 'hidup' dengan gelak tawa netizen.

Dalam masa yang sama, ia turut membuka ruang untuk pelbagai komen kreatif yang masing-masing menyambung jenaka dengan cara tersendiri, menjadikan perkongsian itu semakin hangat diperkatakan.